Naluri Melayu

naluri

NALURI


Bagaimana saya menurut naluri saya

Allah memanggil manusia dengan pangilan nafs iaitu naluri atau nafsu dan inilah rahsia tentang hakikat sebenar makhluk manusia. Apakah hawa nafsu, nafsu asalnya naluri dan dan naluri asalnya kehendak dan kehendak asalnya baik. 

Kunci untuk menjadi seorang yang baik dan diredhai Allah ialah mengetahui untuk apakah tujuan naluri yang diberikan kapada kita itu semua naluri itu dan kita ikut naluri hanya setakat tujuannya sahaja dan jangan melampaui batas.

Sebagai seorang pekerja

1) Saya mesti mencari rezeki iaitu wang untuk menampung belanja kehidupan saya dan keluarga saya dari segi makanan, rumah, kenderaan dan barang barang biasa yang terdapat di dalam rumah. Saya juga harus menyimpan untuk masa tua saya dengan berpendapat saya akan berhenti kerja tetap pada umur 55. 

Saya sekarang bekerja makan gaji dengan sebuah syarikat berdasarkan pelajaran dan pengalaman saya. Oleh kerana teknologi selalu cepat berubah maka saya harus sentiasa menambah ilmu pengetahuan saya tentang alat alat yang baru yang akan menambah nilai saya di syarikat dan di pasaran buruh ini memerlukan masa dan usaha. 

Memang patut saya menambah pendapatan saya dengan kerja lebih baik atau membuat kerja yang mendatangkan wang lebih banyak dalam masa yang singkat tetapi saya tidak akan membuatnya melainkan saya mampu dan membuat nya dengan cara yang halal dan tidak memburukkan sesiapa. Contoh kerja yang mendatangkan wang yang banyak dalam masa yang singkat :

a) Menjadi rajin, pandai dan bagus di dalam kerja menyebabkan mudah minta kerja di syarikat lain yang sedia membayar gaji yang lebih mahal

b) Menjadi peniaga yang berjaya dalam suatu bidang perniagaan 

Sebagai seorang ayah 

Saya telah juga diberikan naluri asas untuk berkeluarga dan mempunyai anak . Saya bertanggung jawab untuk mendidik anak saya, memberi pelajaran sehingga berumur 21 tahun bagi tiap tiap anak saya. Sistem institusi pelajaran di masa depan yang memerlukan wang sendiri atau pinjaman akan saya perlu menyimpan wang untuk belanja tersebut. 

Selain dari sekolah saya akan memberi pendidikan ugama berdasar tahap berfikir anak saya yang mengikut pengalaman saya yang mula meminati bahagian tauhid pada umur 16, 17 tahun. Sebelum umur itu anak saya mungkin perlu lebih banyak belajar disiplin.

Sebagai seorang Islam 

Sebagai seorang Islam saya patut lebih mengetahui tentang ugama saya - asas nya , kitab nya dan suruhan dan larangan sebagai seorang biasa dan bukan ustaz. Sekiranya naluri saya lebih kuat kepada ugama atau merasa saya berilmu dari rasa hati saya patut memberitahu ilmu tersebut kepada orang ilmu adalah yang mengerakkan dunia ini dan ilmu sangat bernilai. 

Saya tahu dunia ini tidak perlu ujud dan saya tidak perlu lahir ke dunia. Oleh itu saya harus merasa bersyukur dan berterima kasih dengan cara menyembah Tuhan dan memberi sumbangan kepada makhluk lain sebagai tanda bersyukur. 

Sekiranya saya rasa Tuhan terlalu besar dan kaya mungkin saya lebih banyak berfikir untuk memberi sumbangan . Bagaimanapun saya harus menolong diri saya dahulu dengan pemahaman menolong diri sendiri lambat laun menolong keluarga dan masyarakat dan juga mengetahui bahawa sistem kehidupan akan menyebabkan sesiapa yang rajin dan berusaha akan naik pangkat, mempunyai lebih kuasa dan akhirnya turut sama mentadbir masyarakat seperti yang dikehendaki oleh ugama.

Sebagai seorang Melayu dan warga negara Malaysia

Saya tahu saya diberi sedikit naluri berpuak yaitu perkauman atau lebih tepat naluri kebangsaan , berbezaan antara naluri dan nafsu tidak jelas . Bagaimana pun saya tahu tiap tiap sifat yang diberi kapada manusia mempunyai sebab. Oleh itu saya akan mengikut naluri ini setakat sebabnya sahaja dan tidak melampaui batas. 

Saya mengetahui bahawa Tuhan sengaja membuatkan manusia mempunyai berbagai warna kulit dan bahasa bahkan bagi saya Tuhan yang tunggal itu lah yang mengajarkan bahasa yang berlainan kepada manusia. Jika ada sesiapa yang menyatakan ini tidak benar mungkin dia percaya dengan tiori evolusi. 

Kerana naluri itu saya mesti penting kan orang Melayu lebih dari kaum lain di Malaysia lebih lebih lagi mereka beragama Islam. Persamaan kami dalam banyak perkara membuatkan saya bersikap demikian. Dari sekecil kecil nya iaitu saya lebih suka berkawan dengan orang yang sependapat dengan saya hingga kesederhanaan iaitu saya lebih penting kan rakyat Malaysia dari orang luar negeri dan memberitahu sekiranya ada ancaman kepada rakyat negara tempat saya tinggal.

Sebagai penduduk dunia 

Sekiranya fikiran saya lebih luas saya akan berusaha memberi ilmu menambah makanan dari luas tanah yang sedikit atau memberi ilmu mencari minyak dengan cara lebih berkesan sekira nya itu pekerjaan saya atau saya mempunyai ilmu tentang nya - kerana menolong manusia adalah arahan ugama sekiranya berkemampuan. 

Saya tentu suka menolong negara negara miskin tetapi saya mengetahui bahawa untuk mendapatkan ilmu ilmu berguna saya memerlukan lebih banyak wang dan sumber yang menyebabkan negara maju lebih mudah menghasilkan teknologi yang berguna untuk manusia.