Kandungan Dan Konsep Masa Melayu

Kandungan Dan Konsep Masa Melayu

Hakcipta @Hasan B Muslim, karangan ini boleh di sebarkan melalui internet tetapi tidak di sebar dan di jual dalam bentuk buku kerana penulis mahu menerbitkan buku "prinsip ugama" hanya 1000 naskah. 

KANDUNGAN


1. Pegangan dan Akidah Islam

Percaya kapada Allah Akidah yang di kehendaki oleh Islam ( pada pendapat saya ) Tentang Syaitan dan iblis, kebaikan dan keburukan Cara menjadi baik dan mengelak dari godaan syaitan. Tujuan kebaikan dan kejahatan Kebaikan dan kejahatan kapada manusia juga datang melalui manusia.

2. Bagaimana saya menurut naluri saya

Sebagai seorang pekerja Sebagai seorang ayah. Sebagai seorang Islam. Sebagai seorang Melayu dan warga negara Malaysia Sebagai penduduk dunia.

3. Syariat Islam dan perkembangan nya

Sejarah ilmu dan pengetahuan. Asas ilmu syariat ( usuluddin ) Asas kesalahan dan dosa:

Manusia suka menunjukkan kuasa dan sikap melampau di dalam membuat peraturan adalah tidak baik - tidak mencapai maksud dan menyusahkan manusia. Apa yang berlaku sepanjang sejarah dan mengapa peraturan awam ( syariat ) dan peraturan ugama ( syariat ) kelihatan berlainan dan tidak dapat bersatu. 

Masaalah proses perbicaraan didalam hukuman Fikiran manusia Kenapa hukum hudud tidak dapat dilaksanakan dimalaysia. Contoh peraturan dan undang undang negara Rambut perempuan bukan aurat Syariat Islam di negara negara didunia. Sebahagian dari kejahatan adalah perniagaan ( cari makan ) dan perniagaan di sediakan oleh orang bukan Islam. 

Nasihat agama Bukti kepentingan syariat Menguatkan institusi ugama Pandangan tentang syariat oleh ahli ahli tasawuf Kesimpulan Amal salih Menjadi pelakon tuhan sebagai usaha amal salih Hukum alam yang adil Pendapat tentang ugama di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara kapitalis. Perjuangan ugama melalui parti politik.

4. Realiti tentang kedudukan ekonomi orang melayu di Malaysia

Pemahamam istilah dan konsep. Orang melayu dari segi kapitalis dan komunis. Masa depan orang melayu didalam kedua dua sistem ekonomi tersebut. Dunia menuju kapitalis tetapi socialis tidak mungkin hilang.

5. Realiti tentang sistem politik dan kedudukan politik orang melayu di malaysia

6. Realiti tentang sistem budaya dan ugama di Malaysia

7. Kenapa saya tidak sokong parti PAS

8. Puasa sebagai satu jalan tarikat

9. Hakikat tentang bumi dan dunia dari dimensi masa dan kesannya terhadap masa depan manusia

Pandangan didalam karangan ini adalah berdasarkan aqal dan logik . Bagi sesiapa yang berpandangan bahawa logik dan akal tidak boleh digunakan bagi perkara ugama tidak wajib percaya kapada hujah yang dikemukan didalam karangan ini.

Dunia kenyataan yang kita lihat adalah benda yang mengisi ruang, dan ruang adalah diukur dengan dimensi. Selain dari ruang ada satu lagi dimensi iaitu dimensi masa. Kita sepatutnya menyedari kedua dua dimensi atau konsep ini adalah infiniti iaitu tiada berkesudahan. Anda akan mendapati semua orang akan bersetuju dengan kebenaran ini kerana ia telah diajarkan oleh tuhan semasa kita dialam roh. 

Sementara kita tidak kisah tentang dimensi ruang yang tidak terhad tetapi mengetahui bahawa dimensi masa juga tidak berkesudahan adalah mengerunkan kerana Tuhan mencipta untuk memanifestasikan dirinya kerana apabila Dia mencipta barulah Dia dikenali. Tuhan akan terus mencipta dan yang mengerunkan Dia bukan hanya mencipta benda benda mati seperti tanah, air dan udara tetapi benda yang hidup seperti pokok, binatang dan manusia. Saya tak dapat membayangkan bahawa angkasa raya kosong, sekosong kosong nya dimasa akan datang.

Orang orang dizaman dahulu mungkin menyangka dunia ini baru diciptakan kerana manusia masih baharu dan sejarah dia hidup didunia pendek. Kemudian ahli sains telah mengetahui bahawa bumi ini sudah berusia berjuta juta tahun, kemudian mereka menjumpai tulang dinasour yang banyak hidup dibumi berjuta- juta tahun dahulu. 

Dan yang sepatutnya kita mengambil berat ialah tentang terdapatnya ruang masa atau tempoh antara masa dinasour dimatikan dengan masa manusia pertama dihidupkan, walaupun dinasour adalah binatang tetapi dia masih mempunyai roh. Kenapa terdapat tempoh itu?

Walaupun bumi telah ujud berjuta juta tahun dahulu mungkin anda menyatakan bahawa bumi ini telah terlalu lama tetapi walaupun lama ianya masih terhad sedangkan bagi Tuhan berjuta juta tahun masih tidak lama kerana ia masih berpenghujung, bagaimana dengan masa yang tidak berpenghujung mampukah anda berfikir tentangnya? 

Anda tidak mampu berfikir tentangnya dan dikedua dua dimensi inilah kekuasaan Allah tidak terbatas. Kita tahu umur seorang manusia hidup didunia adalah pendek dan mereka dihidupkan pada penghujong umur bumi sebelum ia dimusnahkan. 

Akal logik kepunyaan Allah juga menyatakan dunia ini mesti dimusnahkan jika Allah tidak menurunkan rahmat dan ilmu agar manusia yang bertambah ramai ini hidup dengan selesa. Ya kita mengharap pertolongan Tuhan! 

Ahli ahli sains itu sentisa cuba berfikir, mengkaji dan memahami alam ini dengan tujuan agar manusia dan keturunannya dapat hidup lebih lama didunia. Ia nya seperti sifat manusia juga dia tahu dia akan mati tetapi dia akan berusaha sedaya upaya agar dia hidup lebih lama didunia dengan mencari ubat dan menjaga kesihatannya. 

Begitulah sepatutnya sikap ahli sains dan ahli ugama - dia tahu bumi akan musnah tetapi dia masih berusaha agar manusia yang bertambah ramai dapat hidup selesa dengan belajar berbagai jenis ilmu.

Benda terdiri dari tiga unsur iaitu pepejal, air dan gas begitu juga tenaga. Berbagai bentuk tenaga ini sedang dihabiskan dari perut bumi. Tenaga didalam bentuk pepejal adalah dalam bentuk arang batu dan uranium, minyak didalam bentuk cecair dan gas dalam bentuk gas. Adakah lagi bentuk tenaga didalam bentuk lain?

Konsep Masa

Apakah konsep masa bagi seorang manusia? masa yang difahami ialah masa semasa dia hidup didunia. Jika dia mati masa itu berhenti pada dirinya sahaja tetapi tidak bagi orang lain yang hidup, tetapi semua benda hidup tidak lama didunia. 

Allah telah mengajar tentang konsep masa secara tersirat didalam surah al-Kahfi dimana pemuda pemuda yang ditidurkan didalam gua selama 300 tahun dimana apabila mereka bangunkan semula 300 tahun kemudian mereka rasa mereka baru tidur semalam! Itu adalah 300 tahun bagaimana kalau 1000 tahun. 

Serupa juga mereka akan berkata bahawa mereka baru satu hari tidur. Olih itu jika Allah menurunkan rahmat dan dunia dikiamatkan 1000 tahun lagi yang rasanya tak mungkin berdasarkan ilmu yang ada sekarang maka sekiranya kita dibangkit kan semula 1000 tahun kemudian maka keadaan nya adalah seperti kita dikejutkan dari tidur kita. 

Kenapa kita katakan munusia akan dihidupkan semula ? Ia adalah kerana manusia bukan sebarang makhluk. Dunia ini dijadikan untuk makhluk yang bernama manusia bahkan bintang yang diciptakan beribu tahun cahaya jauh nya adalah diciptakan untuk manusia dibumi dan bukan planet lain yang dekat dengan bintang itu.

Manusia awal diciptakan memang primitif tetapi itu masih tidak dapat menafikan dia dihidupkan berjuta juta tahun setelah bumi ini diciptakan. Dengan fakta diataslah saya menjadi salah seorang beriman yang bermaksud yang bermaksud percaya. Memang mudah menjadi manusia beriman yang susah iaitu menjadi seorang bertaqwa. 

Lawan perkataan iman ialah kufur atau menafikan. Bagi saya didalam islam orang kafir ialah orang yang tidak mahu mempercayai Tuhan yang maha esa secara yang di fahami oleh Muhammad dan nabi nabi sebelum muhammad dan untuk percaya kapada Tuhan yang esa secara yang difahami oleh nabi muhammad ialah dengan membaca quran. 

Keimanan bukan lah pada tuhan yang kecil atau tempatan atau terhad kepada sesuatu tamaddun yang Allah marah jika kita berpendapat begitu. Tetapi saya percaya kepada tuhan yang sangat berkuasa, sangat besar dan tunggal. Saya tidak akan menyembah tuhan yang tidak mencipta salah satu dari beribu bintang yang saya lihat dilangit. 

Maka yang saya sembah tuhan yang paling tunggal, esa dan berkuasa, Bahkan iblis pun tunduk dibawah kekuasaan nya hanya dia diberi kebebasan sehingga hari kiamat. Tetapi demi janji Nya Dia telah memberi kebahgiaan kapada manusia dengan memberi roh atau conciousness yang terasa sangat bebas walaupun mungkin sebenarnya tidak dan itu lah anugerah yang paling tinggi. Bagaimana memahami nikmat yang paling tinggi ini? 

Rasakan lah roh anda terperangkap didalam tubuh anda maka anda memahami nikmat itu. Tetapi roh manusia itu tidak akan maju jika ilmu tidak diberikan kepadanya. Sebab itu lah keturunan suku kaum orang asli primitif boleh hidup beberapa generasi tetapi kemajuan tamaddun mereka sangat sedikit apabila mereka dipisahkan oleh laut, gunung dan padang pasir dari tempat manusia lain yang nabi nabi diutuskan kapada mereka iaitu di timur tengah. 

Ugama yang diredhai ialah ugama untuk tuhan dan mengikhlaskan diri dari mengunakan ugama untuk kepentingan dunia walaupun anda perlukan wang nama dan kuasa untuk kepentingan ugama.