Akidah

Akidah

AKIDAH 


1. Pegangan dan Akidah Islam

Akidah ialah pegangan hati seseorang. Akidah ugama ialah kepercayaan asas seseorang itu. Semua ajaran ugama yang ada didunia memang boleh dibahagi dua iaitu akidah-pegangan di hati dan syariat -peraturan. Di dalam Islam disebutkan tentang rukun Islam yang enam.
  1. Percaya kapada Allah
  2. Percaya kapada al Quran dan kitab yang terdahulu.
  3. Percaya kapada nabi nabi
  4. Percaya kapada malaikat dan yang ghaib.
  5. Percaya kapada qada dan qadar.
  6. Percaya kapada hari kiamat

Percaya kapada Allah

Ialah percaya kapada tuhan yang satu kerana Allah bermaksud tuhan yang satu, Allah yang maha esa. Iman, akidah dan kepercayaan adalah perkara dihati dan bukan perkara di mulut.. Didalam ucapan syahadah kita menyebut la illah hail... Tiada tuhan melainkan Allah atau maksud nya yang sebenar tiada tuhan melainkan tuhan yang satu kerana perkataan illah bermaksud tuhan dan Allah bermaksud tuhan yang satu. 

Bunyi perkataan dimulut tidak penting tapi apa yang di pegang dihati itu lebih penting. Buktinya apabila tuan berzikir, bertahmid dan bertasbih adakah tuan benar benar menyebut perkataan dihadapan iaitu Al itu betul betul atau yang penting dihujung perkataan itu iaitu bunyi lah kerana yang membezakan tuhan yang satu dan perkataan tuhan hanya di depan iaitu perkataan Al dan Il. 

Apa guna menyebut tuhan itu satu tapi ajaran dan tindakan kita seolah olah tuhan itu banyak seolah olah orang negro, jepun, india dan orang putih bukan dicipta olih Allah.

Akidah yang di kehendaki oleh Islam ( pada pendapat saya )

Allah tuhan yang satu yang mencipta langit dan bumi kemudian memberi roh dan menghidupkan manusia harus ditinggikan dan dimuliakan sebab itulah kita mengerjakan solat. Olih kerana semua roh manusia telah diajarkan tentang tuhan yang satu berdasarkan ayat 172 surah al-araf. Maka sejak dari zaman dahulu dia mencari dan menyembahnya. Dahulu kala olih kerana manusia lemah ia menyembah benda yang pelik. Ada 2 makhluk di alam ghaib iaitu syaitan dan iblis disamping malaikat. 

Di katakan iblis dari makhluk jin sedangkan syaitan dari kalangan malaikat dan olih itu dekat dengan manusia ia sentiasa ada dekat manusia dan mengoda nafsunya sedangkan iblis mungkin hanya berminat menyesatkan orang orang yang suka menyembah benda yang pelik dan iblis memang bolih membuat benda yang pelik. Seolah olah syaitan itu mewakili kejahatan dan sementara Allah mewakili kebaikan. 

Sebenarnya Allah lebih berkuasa dari syaitan kerana syaitan diciptakan olih Allah jua. Manusia tidak tahu bahawa tuhan yang menciptakannya dekat dengan diri nya sendiri. Di turunkan nabi dan diwahyukan melalui roh mereka tentang perkara yang ghaib lalu nabi itu beritakan tentang tuhan yang satu tetapi syariat yang berbeza dan nama tuhan disebut mengikut bahasa nabi itu diturunkan dan perkataan atau tulisan sebagaimana kita tahu adalah mewakili sesuatu. 

Walaupun bunyi perkataan itu berbeza namun maananya sama begitu juga huruf pada tulisan yang kelihatan berbeza beza mIsal nya nabi nabi israel -kenapa perkataan Allah tidak ada? Ini kerana perkataan tuhan yang satu dalam bahasa mereka disebut bunyi nya berlainan iaitu dalam bahasa hebrew (ibrani).

Kalau benar mereka gunakan perkataan Allah takkan lah perkataan itu bolih hilang sedangkan ada banyak nabi dikalangan bani israel bertutur dalam bahasa hebrew (ibrani). Sepeninggalan nabi nabi itu syariat yang dibawanya berubah perlahan lahan beberapa nabi datang untuk maksud yang sama selepas nabi musa ada banyak lagi nabi yang lain yang disebutkan dalam quran. 

Jika nabi musa lahir 1000 tahun atau 500 tahun sebelum masihi maka nabi nabi itu didatangkan untuk tempoh 500 tahun itu sehingga datang nabi isa. Manusia yang tak puas hati tentang kemana hendak dihadapkan wajahnya ketika menyembah membuat patong patong wajah nabi atau tuhan mengikut fikiran mereka. Inilah yang salah kerana mereka sendiri yang merendahkan tuhan mereka. Siapakah tuhan mereka? 

Sebenarnya tuhan mereka yang sebenar ialah Allah. Olih kerana mereka sendiri yang merendah kan tuhan mereka merekalah yang menanggung kesan perbuatan mereka pada hati mereka sendiri ia itu nampak pada fikiran mereka perbuatan mereka itu tak sesuai. Jika kita bertanya pada mereka apa yang mereka hendak sembah sebenarnya mereka akan menjawab-tuhan yang menjadikan aku atau tuhan yang menghidupkan roh aku dan semua manusia. Oleh itu kita berdakwah kepada mereka setakat yang termampu.

Perkara paling penting yang nabi muhamad SAW lakukan setelah ia menakluk semula mekah ialah memecahkan semua patong disekeliling kaabah. Kita mesti ingat bahawa sebelum kaabah di jadikan kiblat, (yang mana sebenarnya Allah mengetahui bahawa kaabah itu suatu hari nanti akan menjadi tempat arah umat muhamad SAW akan menghalakan arah mereka apabila bersembahyang) umat islam diminta menghadap ke baitulmaqdis apabila bersembayang. 

Bayangkan mereka tidak pernah sampai kebaitul maqdis mereka hanya tahu arahnya sahaja. Kenapa menghadap kebaitul maqdis adakah kerana Allah ada dIsana-tidak. Qursi Allah meliputi langit dan bumi. Kemudian barulah qiblat dialihkan semula ke kaabah dan ada ayat quran tentang perubahan arah qiblat itu ada. Kaabah itu mula mula dibina oleh nabi ibrahim setelah mendapat wahyu. Lihat lah betapa Allah maha mengetahui. 

Kaabah terletak dipadang pasir dan ibadat haji dilakukan disekeling kaabah yang tandus. Maka walau 3 juta pun umat islam yang datang kemekah Kawasan tandus yang luas itu masih dapat menampung mereka. Bayangkan kalau kaabah itu ditakdirkan didirikan di kawasan tropika tentu susah hendak menebang hutan dan pokok yang akan sentiasa tumbuh.

Kaabah yang kita sembah itu adalah bangunan empat segi yang kosong didalam nya. Adakah kita menyembah kekosongan. Kita menyembah lawan perkataan kosong ia itu Ada. Kita menyembah yang menjadikan kita. Berdasarkan sejarah kita dapat membayangkan rumah ibadat nabi bani israel yang banyak itu misal nya nabi zakaria dan maryam ibu nabi Isa ianya tentu nya sebuah bangunan yang tiada patong didalamnya. 

Begitulah seharus nya cara ibadat orang orang bukan islam jika mereka mahu menyembah tuhan yang sebenarnya ia itu cara penyembahan yang memuliakannya, sebarang bentuk yang merendahkan Allah memang tidak diredhai.

Setelah beberapa lama bani israel itu terbiar dan menjadi sesat Allah turunkan nabi Isa dengan cara yang luar biasa iaitu maryam melahirkan Isa tanpa ayah dan diberikan mukjizat luar biasa iaitu bolih bercakap semasa kecil, mencelikkan orang buta dan menghidupkan orang yang telah mati. Nabi Isa tahu ia lahir dengan cara yang luar biasa. 

Ia mengajarkan ia seorang nabi dan menentang pendita yahudi yang telah menyesatkan bani israel dari akidah dan syariat ugama nabi musa yang asal. Ia mengajarkan tentang roh qudus iaitu malaikat jibril yang membawa wahyu dari tuhan sama seperti nabi muhamad Saw.

Manusia pengikut kristian tidak mengambil pelajaran dari kejadian nabi Isa. Isa memang menyebut Allah tuhannya dan tuhan kita dengan pangilan father (ketika itu dalam bahasa ibrani) iaitu ayah dan ia tak menyatakan dia anak Allah. Tetapi pengikut kristian menyatakan dia anak tuhan. Sepatutnya mereka memahaminya begini :

Olih kerana Isa memanggil tuhannya Ayah dan Isa tidak jauh bezanya dari kita kecuali sebagai seorang nabi kita patut menyembah tuhan Isa itu dan menganggap semua manusia akan dihukum dan dikasihi sebagaimana sikap seorang ayah kerana ayah tidak suka salah saorang makhluknya menzalimi makhluknya yang lain. Mereka heran nabi Isa dilahirkan tanpa sebab biasa. 

Sepatutnya mereka juga heran pada diri mereka sendiri yang walaupun lahir cara biasa kejadian mereka sebenarnya luar biasa dan secara hakikatnya dirinya kepunyaan Allah dan bukan ibu bapa mereka, ibu dan bapa hanya menjadi sebab. Dengan konsep diatas sepatutnya mereka memandang semua manusia didunia ini seperti memandang diri sendiri. Di dalam islam semua manusia makhluk tuhan seperti dirinya. 

Walaupun pun makhluk asing seperti orang negro dan jepun berlainan warna kulitnya mereka tidak harus membezakannya. Kemudian datang lah nabi muhamad membawa konsep yang sebenar ia itu manusia adalah makhluk Allah dan setelah diberi kebebasan diminta menjadi hamba kapada Allah. Isa bukan anak Allah dan muhamad bukan kekasih (melainkan dengan maksud yang benar) Allah tetapi nabi yang terakhir yang membawa kitab Alquran. 

Bagi Allah manusia walau bagaimana bijak sekali pun tetap merupakan anak kecil yang tidak tahu banyak perkara dan kalau dibiarkan tanpa panduan akan merosakkan diri sendiri dan hamba Allah yang lain tanpa mereka menyedari lalu diturunkan nabi nabi, kitab kitab dan panduan panduan. Yang salah tetap akan tertolak dan hilanglah tuhan tuhan tempatan atau tuhan sesebuah tamaddun. 

Yang tinggal nanti ialah tuhan seluruh langit dan bumi yang universal, yang tunggal iaitu Allah. Lebih cepat manusia menyedari perkara ini lebih baik. Kita telah tahu sejarah manusia pada zaman dahulu bayangkan jika misal nya memang tida nabi yang diturunkan sedangkan kita lahir kedunia. Betapa poarak perandanya hidup manusia. 

Dizaman ini pun jika kita keliru dan tak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak ugama kita memang mengiginkan nabi lain. Tetapi nabi muhamad adalah yang terakhir. Orang yang mendapat petunjuk ialah orang yang diterangkan dalam ayat dalam surah yassin iaitu orang yang tidak meminta upah dan orang yang ingat dan paham seluruh isi alquran.

Apabila kita melihat orang bukan islam menyembah patong nabi nabi itu sebagai perantaraan untuk tuhan mereka kita harus bersimpati kapada mereka. Mereka ingin menyembah tuhan yang menghidupkan roh mereka iaitu maksud ayat ini:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi"

Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Ayat 172 surah al araff

Manusia secara semulajadinya tak suka menyembah tuhan mereka dengan tiada apa apa dihadapannya. Dakwahlah setakat mampu jika tak berdaya biarkanlah serah kepada Allah. Allah lebih mengetahui tentang perkara yang mereka nyatakan dan yang mereka simpan dalam hati. Banyak ayat seperti ini terdapat dalam alquran. Sama seperti kita orang islam, jangan menyangka misalnya orang kristian mempercayai semua ajaran yang diajar olih padri mereka. 

Apa yang mereka pegang dalam hati mungkin lain dari apa yang diajar olih padri mereka misalnya tentang konsep Isa anak tuhan. Jika mereka berpegang bahawa dunia ini dicipta olih tuhan yang satu yang sebenarnya juga merupakan tuhan orang islam, orang yahudi orang kristian, orang bhudda dan lain lain maka pegangan mereka dari segi itu adalah betul.

Tentang Syaitan dan iblis, kebaikan dan keburukan

Pertama yang kita mesti paham ialah Allah lebih berkuasa dan lebih tinggi dari syaitan. Tetapi banyak disebut dalam alquran tentang pengikut syaitan seolah olah syaitan itu sama berkuasa dengan Allah. Syaitan itu dekat dengan diri anda sendiri iaitu dalam fikiran dan hati sehingga apabila anda membaca quran pun ayat quran mengarahkan anda membaca ayat melindungikan diri anda dan surah azzumar menyatakan bahawa anda bolih disesatkannya walaupun siapa pun diri anda walaupun anda saorang ulama. 

Tidak timbul soal orang yang membaca quran sendirian akan tersesat tapi yang penting hati anda :

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah pertunjuk (beramal menurutnya), maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (tidak berpandu kepadanya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau (wahai Muhammad - hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka.

Ayat 41 surah az - zumar

Sebenarnya apa yang ingin diajar ialah syaitan mewakili kejahatan dan Allah mewakili kebaikan dan manusia diberi kebebasan untuk memilih dan kalau tuan benar benar pikirkan kebebasan inilah nikmat yang paling tinggi sekali. Iaitu kesedaran anda tentang roh anda yang terperangkap didalam tubuh anda. Anda juga patut tahu ialah anda tidak akan benar benar kenal roh anda ianya disebut dalam quran apa yang anda tahu ialah sedikit tentang minat anda dan sebahagian kecil roh anda. Bisikan kebaikan dan kejahatan ada didalam fikiran dan hati anda. 

Olih itu syaitan ada dalam fikiran dan hati anda begitu juga roh yang baik yang kenal Allah dialam roh seperti ayat 172 surah al araf ada dalam hati dan fikiran anda. Hadis palsu yang menyatakan syaitan diikat dibulan puasa tidak benar mungkin yang dimaksudkan adalah iblis.

Iblis adalah berbeza dari syaitan kerana iblis asalnya dari malaikat yang tidak mahu menyembah adam ketika Allah memerintahkannya kerana ia menyangka ia lebih mulia dari manusia. Sebagaimana malaikat, iblis ada dialam ghaib dan manusia hidup dialam nyata. Asal kesalahan iblis itu diceritakan 4 kali dalam alquran secara berulang ulang pada ayat yang berlainan dan ia mempunyai makna tersirat. Sedangkan asal syaitan disebut sebagai yang mengoda adam dan hawa disyurga.

Cara menjadi baik dan mengelak dari godaan syaitan 

Allah memanggil manusia dengan pangilan nafs iaitu naluri atau nafsu dan inilah rahsia tentang hakikat sebenar makhluk manusia. Apakah hawa nafsu, nafsu asalnya naluri dan dan naluri asalnya kehendak dan kehendak asalnya baik. 

Kunci untuk menjadi seorang yang baik dan diredhai Allah ialah mengetahui untuk apakah tujuan naluri yang diberikan kapada kita itu semua naluri itu dan kita ikut naluri hanya setakat tujuannya sahaja dan jangan melampaui batas, samaada nak kaya, hendak nama atau kuasa atau perempuan dan lain lain dimana kita hanya berusaha mencapainya dalam lingkungan hukum ugama dan peraturan yang dibuat olih pemerintah dan manusia lain nya iaitu khalifah atau wakil Allah. 

Dan memang banyak peraturan yang dibuat olih manusia semua nya untuk kebaikan peraturan yang dibuat olih manusia ini ada yang dekat dengan apa yang dikehendaki olih Allah dan ada yang jauh dari kehendaknya. Selain dari naluri kita juga ada sifat semula jadi yang lain - begitu juga kita harus bersifat sesuatu hanya mengikut tujuan asalnya sahaja dan jangan melampaui batas. Apabila kehendak menjadi terlalu kuat dan sanggup mendapatkannya walaupun dengan jalan salah itulah yang menyebabkan dosa dimana didunia ini secara inherent atau semula jadinya jalan salah adalah jalan senang.

Sacara lumrahnya manusia lebih mudah melakukan kejahatan dari kebaikan. Cara syaitan bekerja ialah mendorong naluri itu atau nafsu itu. Cara nak menyelamatkan diri dari godaan nya ialah pikirkan kembali kenapakah anda mahu kehendak itu adakah benar benar baik dan apa kesannya pada anda dan orang lain. Kalau secara takdirnya anda dijadikan miskin dan anda mahu kaya adakah anda sanggup mendapatkannya dengan jalan baik walaupun anda tahu cara salah lebih mudah dan anda tahu cara itu atau tergoda dengan godaannya.

Tujuan kebaikan dan kejahatan Dosa terbahagi kapada 3 iaitu :
  1. Dosa atau kesalahan kapada diri sendiri.
  2. Dosa atau kesalahan kapda orang lain termasuk ahli keluarga sendiri.
  3. Dosa atau kesalahan kapada Tuhan.

Perkara pertama yang patut kita paham ialah kita takkan dapat menyusahkan Allah tetapi kita bolih menyusahkan manusia dan kita akan dapat membuatkan tuhan marah, kenapa kita katakan tuhan ada sifat marah ini adalah kerana sifat marah yang diberikan nya kepada kita adalah datang darinya sebagaimana ia juga ada sifat kasih yang juga diberikan kapada kita. Sifat ini datang dari Allah yang mempunyai lebih banyak sifat. 

Apa yang menyebabkan tuhan marah walau pun kita tak bolih menyusahkan tuhan? Ini adalah kerana kejahatan kita akan menyebabkan kita akan menyusahkan makhluk manusia lainnya yang juga kepunyaannya.

Begitu juga syariat dan peraturan yang diturunkan kapada manusia syariat ugama mana mana pun terbahagi kapada 2 iaitu yang disuruh dan yang dilarang. Manusia bagi Allah tetap merupakan seperti anak kecil yang tak tahu tentang banyak perkara. Sebab itu lah diturunkan peraturan sacara mudah kita bolih membandingkan ini dengan kita dan anak kita. 

Marah kita pada mereka dan peraturan yang kita buat untuk mereka adalah untuk kebaikan mereka. Olih itu adalah mudah untuk kita membayangkan tuhan itu seperti bapa kita. Untuk memudahkan kita memahami konsep dosa itu ialah misalnya anda pergi belayar mengelilingi dunia seorang diri dalam sebuah perahu layar belayar mengelilingi dunia selama 3 bulan dengan hanya ditemani seekor kucing atau anda pergi bertapa digua seorang diri selama 3 bulan. 

Soalan saya ialah sekarang pada masa anda melakukan itu semua dengan siapa tuan berdosa? kerana dosa terbahagi 3 pertama dosa dengan diri sendiri dosa, dengan manusia dan dosa dengan Tuhan. Herankah anda tentang dosa dengan diri sendiri? Bukan kah penagih dadah itu ditangkap didunia kerana merosakkan diri sendiri dan akhirnya orang lain. Arak dan berjudi adalah termasuk dengan dosa dengan diri sendiri. 

Oleh itu orang yang sibuk mahu menghukum orang yang sedang merosakkan diri sendiri tidak lah bijak terutama jika mereka berusaha menghalang nasihat seperti ini sampai kepada orang lain.

Anda tidak berdosa dengan manusia kerana anda tidak berjumpa dengan mereka olih itu tuan hanya berdosa kapada tuhan. Katakan ketika itu anda tidak melakukan apa yang dilarang. Itu memang mudah dalam keadaan anda begitu. 

Olih itu anda telah buang dua perkara iaitu anda telah meninggalkan apa yang dilarang dilakukan terhadap manusia dan kapada tuhan olih itu hanya tinggal dua perkara iaitu perkara yang disuruh anda lakukan pada manusia dan kapada tuhan sesetengah orang melihat Allah terlalu besar dan berkuasa sehingga ia malas melakukan ibadat sunat melainkan ibadat khusus yang wajib kapada Allah tetapi berminat melakukan kebaikan kepada manusia. 

Ada pula orang yang tidak berminat melakukan kebaikan pada manusia dan banyak membuat ibadat kapada Allah. Kedua dua golongan ini tidak salah tetapi Ugama menghendaki kita mengimbangi ibadat kita ini. Kalau anda bertapa digua anda banyak buat apa yang disuruh kapada Allah tetapi anda telah meninggalkan apa yang disuruh dilakukan kapada manusia. Kedua dua jenis orang seperti memang banyak. Dan usaha untuk samakan fikiran manusia memang susah.

Kebaikan dan kejahatan kapada manusia juga datang melalui manusia

Tuhan memanggil manusia dengan nama nafs iaitu naluri atau nafsu dan kehendak dan kehendak Allah juga bolih berlaku melalui manusia. Didalam dunia ini hanya ada 2 benda satu manusia buat dan satu Tuhan buat (namun bagi sesetengah ajaran tasauf, semua dikatakan Tuhan buta, sama ada baik atau jahat). Didalam quran disebut tentang syaitan mengoda nabi apabila nabi itu ada kehendak. 

Olih itu cara nak elakkan dari godaan itu ialah dengan menmbuang kehendak atau naluri kerana bila kita buang syaitan tak bolih menggoda. Dimana tuan hanya jadi penonton dan tak ikut masuk campor dalam urusan dunia dan tuan akan selamat apabila tuan tidak yakin samaada naluri anda membawa kebaikan atau tidak. 

Untuk menjadi seorang yang baik tuan memang kena membersihkan hati dan cara paling baik nak bersih hati ialah membuang sifat keakuan. Apabila tuan membuang sifat keakuan tuan akan berkata bahawa manusia itu sama tarafnya semua manusia didunia walaupun ugama bangsa. Kelebihan seseorang hanya kepada taqwa dan taqwa bermaksud berhati hati.

Jika ada kelebihan pada bangsa lain ia adalah bagi mencapai tujuan Allah melalui manusia. Tuhan bukan seperti orang tua yang duduk dilangit melihat kedunia dan tak masuk campor bahkan ia sentiasa mentadbir. 

Olih kerana tuhan itu tak bolih digambarkan dan hanya ditemui dalam fikiran. Walaupun ia dalam fikiran bukan bermaana dia tiada kerana dunia yang teratur ini menunjukkan ia dibuat didalam fikiran dahulu. Takdir telah menentukan bahwa nasib dan minat manusia itu akan berbeza beza cuma masing masing kumpulan merasakan merekalah yang paling mustahak tetapi tuhan lebih tahu yang mana mustahak dan diberi kelebihan kepada ahli sains dan teknologi itu untuk kebaikan manusia. 

Kita tidak boleh syirik oleh itu untuk selamat katakanlah tuhan tidak menyerupai sesuatu apapun didunia dan hanya boleh ditemui didalam fikiran.