Politik Melayu

Politik Melayu

MENGAPA SAYA MENYOKONG UMNO KARANGAN HASAN B MUSLIM (KEMBARA)

JANUARI 2001 - REALITI TENTANG KEDUDUKAN EKONOMI ORANG MELAYU DI MALAYSIA DAN RAMALAN MASA DEPAN

1.1 Pemahaman istilah dan konsep

Tulisan ini dikarang sebagai usaha penyebaran ilmu pengetahuan dan ilmu seperti ekonomi - politik yang melibatkan perkara konsep mesti lah dipermudahkan, di klasifikasi agar pihak pembaca mudah memahami nya.

Dunia diciptakan berpasangan begitu juga sistem ekonomi. Banyak kali telah saya terang kan bahawa dalam mana mana sistem ekonomi negara negara didunia memang terbahagi kapada 2 iaitu sistem ekonomi kapitalis dan socialist. Bentuk sistem ekonomi socialist yang extreme di panggil komunis. 

Apa yang dikatakan ekonomi Islam ialah ia mempunyai kedua dua sifat ekonomi kapitalis dan socialist, perbezaannya hanyalah dari segi teknikal detail atau cabang misal nya syarikat kerjasama apakah ia dibawah sistem kapitalis atau komunis? 

Perhatikan dan fikir betul betul bukankah benar apa yang saya katakan disini. Harta benda didunia terbahagi kapada 3 :
  1. Kepunyaan individu (kapitalis)
  2. Kepunyaan awam (kerajaan, socialist)
  3. Kepunyaan Tuhan (alam semula jadi)

Pada hakikatnya semuanya kepunyaan Tuhan sama ada harta individu atau awam kerana mereka semua akan mati. Mereka yang mati akan digantikan dengan kanak kanak yang Tuhan hidup kan, itulah yang Tuhan kehendaki sehingga hari kiamat. 

Saya sebut kan harta individu sebagai kapitalis, kita tahu bahawa harta individu ter bagi kapada beberapa jenis misalnya rumah, barang dalam rumah, kereta, tanah, duit simpanan kecilan, simpanan yang besar dibank, saham di syarikat BSKL dan saham majoriti atau wang yang dilaburkan didalam syarikat kepunyaannya sendiri. 

Oleh itu secara tepat yang dikatakan kapitalis ialah bagi 2 jenis harta yang terakhir iaitu saham di syarikat BSKL dan saham majoriti atau wang yang dilaburkan didalam syarikat kepunyaan - nya sendiri. Kita katakan bahawa jika majoriti jumlah saham dan nilai harta dalam perniagaan sesebuah negara itu dikuasai oleh individu individu maka negara itu mengamalkan sistem ekonomi kapitalis, dan jika majoriti jumlah saham dan nilai harta dalam perniagaan sesebuah negara itu dikuasai oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri maka negara itu mengamalkan sistem ekonomi sosialis.

Bagaimanapun semua negara kapitalis mengamalkan sistem socialist juga kerana ialah sebahagian dari kenyataan hidup dari dahulu sampai sekarang. Jalan raya, hospital, sekolah, muzium, masjid atau rumah ibadat yang dibina menggunakan wang kerajaan adalah harta awam iaitu hak semua rakyat dinegara tersebut. Itu ialah harta, bagi perkhidmatan pula apa apa perkhidmatan yang disediakan olah kerajaan dipanggil sektor awam. Yang dikatakan negara socialist ialah bila banyak syarikat perniagaan adalah kepunyaan kerajaan.

Yang dikatakan sistem ekonomi komunis pula ialah bentuk sosialis yang extreme misalnya apabila semua tanah dinegara tersebut adalah milik kerajaan bahkan hingga kapada perniagaan runcit yang kecil kecil. Sistem ini telah gagal dan negara Rusia dan Cina telah mula bertukar kapada sosialis dan kapitalis perlahan lahan. Bagaimana pun masih ramai orang mengaitkan istilah sosialis sama dengan komunis. 

Mengapa saya bersusah payah menerangkan perkara asas diatas yang sepatutnya telah diketahui oleh semua orang. Soalan saya benarkah mereka telah tahu semua nya? Sebab lain ialah kerana saya tidak tahan dengan sikap sombong dan bongkak, mempunyai naluri puak dan semangat kebangsaan yang terlalu tinggi yang menggunakan ciptaan orang lain tetapi tidak mengaku menggunakannya. 

Mereka menggunakan barang barang canggih ciptaan dari negara kapitalis dan komunis tetapi tidak mengaku menggunakannya, mereka menggunakan konsep diperkenalkan dari negara kapitalis dan komunis tetapi tidak mengaku menggunakannya. Ilmu terbahagi kapada 2 iaitu yang berbentuk material dan yang berbentuk konsep. Perniagaan juga terbahagi 2 itu penjualan barang barang dan perkhidmatan.

1.2 Orang Melayu dari segi kapitalis dan komunis 

Perniagaan dan perkhidmatan kerajaan atau swasta melibatkan pekerja yang ramai. Sekarang saya soal saudara orang Melayu banyak terlibat di bahagian mana? Di bahagian kerajaan dan syarikat kepunyaan kerajaan. Ini bermakna orang Melayu dimalaysia adalah socialist dan komunis sedangkan orang Cina kapitalis. 

Sebahagian orang politik Melayu tidak mengakui nya mereka lah yang menuduh orang ini komunis dan orang itu kapitalis. Mereka ini bila mendapat kuasa politik akan menduduki jawatan tinggi didalam syarikat kepunyaan kerajaan iaitu socialist atau mereka juga akan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan peluang perniagaan iaitu kapitalis.

1.3 Masa depan orang Melayu didalam kedua dua sistem ekonomi tersebut

Kita tahu bahawa banyak terjadi perkhidmatan dan syarikat kerajaan diswastakan dan ahli parlimen serta pegawai tinggi kerajaan berkuasa menentukan sama ada mahu menswastakan sesuatu perkhidmatan itu atau tidak dan yang kedua boleh menentukan syarikat siapa yang dapat perkhidmatan swasta itu. 

Terdapat 500, 000 murid yang mendaftar masuk ka darjah satu setiap tahun bermakna ada lebih kurang 500000 pekerjaan baru perlu diwujudkan setiap tahun 300 000 daripadanya terdiri dari orang Melayu. Jika orang Melayu suka dengan sistem sosialis sebagaimana sekarang maka mereka perlu melakukan 2 perkara.
  1. Orang Melayu mestilah mempunyai parti politik yang kuat, yang majoriti didalam parlimen dan mereka mestilah tidak mudah menswastakan perkhidmatan dan syarikat kerajaan, mereka juga dapat menentukan bahawa jika terjadi penswastaan keutamaan harus di beri kapada syarikat Melayu. Tetapi tidak lah semua kerana orang Cina merupakan 30% dari penduduk Malaysia. Tidak guna bagi orang Melayu jika jumlah mereka saja ramai tetapi didalam parlimen sentiasa bertentangan pendapat, tidak ada persetujuan langsung. Mungkin kerana menyangka pembangkang kerja nya membangkang .
  2. Mesti mempunyai semangat kebangsaan yang kuat atau sederhana cuma jangan melampau. Jangan dengar mereka yang menuduh UMNO assabiah. Semua sifat manusia ada sebab, Orang yang sama bangsa pun boleh bergaduh hanya kerana perbezaan bahasa. Dan orang yang sama bangsa dan bahasa dan ugama pun boleh bergaduh. Jika ada orang yang golongan mereka lebih Islam dari golongan anda anggaplah ini pertentangan kumpulan yang berlainan mazhab. Apa nak diherankan, dikemuncak peperangan antara Iran dan Iraq golongan ustaz dan ulama di peralatkan oleh orang Islam sendiri untuk terus bermusuhan menggunakan hadis hadis palsu berkaitan sahabat sahabat nabi.

1.4 Dunia menuju kapitalis tetapi sosialis tidak mungkin hilang

Suatu sifat kapitalis ialah walaupun majoriti saham syarikat besar adalah dimiliki oleh pemegang saham yang sederhana kaya melalui BSKL tetapi terdapat beberapa orang kaya yang sangat kaya walaupun atas kertas, kekayaan mereka bernilai ratus juta atau ribu ringgit. Suatu fakta lagi ialah sementara syarikat milik kerajaan lambat berkembang syarikat milik swasta berkembang dengan cepat melalui keuntungan mereka dan dapat menyediakan beribu ribu pekerjaan baru. 

Oleh itu adalah tidak bijak bagi orang Melayu terus bersikap sosialis seperti sekarang mereka perlu jadi kapitalis. Soal nya mudah kah menjadi peniaga dengan modal dengan modal hanya 100,000 atau 200,000 lebih lebih lagi sekarang dimana syarikat yang bermodal besar lebih berpeluang menebusi pasaran dan menambat pelanggan. 

Cuba lah anda berniaga dipasaran terbuka tanpa bantuan kerajaan anda akan merasa perit nya. Maka kita perlukan orang yang betul betul kaya dengan cepat oleh itu boleh menguasai perniagaan strategik dengan dengan cepat. Siapa yang boleh melakukan ini tentulah kerajaan melalui UMNO.

Melalui pemerhatian saya didalam internet dan perbualan biasa tentang gerakan reformasi dan parti keadilan saya dapati orang Melayu tidak suka ada orang Melayu kaya dengan mempunyai syarikat besar. Jika ada syarikat besar mereka selalu kait kan syarikat syarikat besar ini dengan beberapa tokoh politik tertentu., 

Tetapi mereka tidak kisah tentang syarikat besar kepunyaan Cina, Amerika dan jepun seolah olah adalah normal syarikat besar itu bukan kepunyaan orang Melayu. Ini bermakna orang Melayu berfahaman sosialis tanpa mereka menyedari nya.

Negara negara didunia yang kecil dan besar berbeza dalam berbagai perkara. Jangan menyangka bahawa sesuatu sistem atau prinsip itu sesuai di negara kita. Oleh itu belajar lah berkorban sedikit dan tanya diri sendiri betul kah prinsip anda atau semua perpecahan ini disebabkan oleh rebut harta dan jawatan? 

Dan jika kapitalis yang anda benci kenapa PRM parti yang mahu menolong orang miskin ditubuhkan 30 tahun lalu tidak mendapat sambutan sebaliknya parti keadilan (parti peribadi yang tiba tiba muncul) dan PAS - (parti sombong dan bongkak dan takut dengan perkataan) yang jadi majoriti pembangkang. 

Ingat Iraq dan Iran pernah berperang selama lapan tahun dan mengorbankan hampir 1 juta nyawa kerana merebut kawasan minyak.

Adalah sangat perlu rakyat diberi penerangan dan ilmu ini jika barisan nasional ingin terus berkuasa. Kejahilan mereka mengenai perubahan dunia dan Malaysia akan menyebabkan mereka selalu membuat kesilapan yang akan merugikan negara sendiri. 

Saya memberikan contoh di sini misalnya mereka terutama orang Islam dibawah parti PAS telah melihat kejatuhan sistem ekonomi komunis di mana ciri utama nya ialah kebanyakan syarikat dan harta perniagaan dipunyai oleh kerajaan iaitu kepunyaan bersama. 

Mereka telah melihat bahawa kebanyakan negara telah bergerak kepada syarikat kapitalis iaitu kebanyakan harta perniagaan semakin banyak dipunyai orang persendirian yang kaya dan juga pemegang sahamnya. Mereka juga mengakui bahawa sekiranya Malaysia mengamalkan sistem ekonomi komunis tentulah Amerika, Eropah dan Jepun kurang mahu melabur dan berniaga dengan Malaysia dan negara akan menjadi miskin. 

Kini kenapa mereka mahu membesarkan isu kronism? Tidakkah mereka sedar bahawa sistem ekonomi kapitalis menyebabkan kuasa ekonomi zaman ini akan menyebabkan hanya beberapa syarikat sahaja yang menjadi besar dan tidak mudah mudah untuk mengagihkan kekayaan kepada ramai orang.

Mereka hanya memikirkan tentang harta yang banyak kepunyaan beberapa jutawan Malaysia. Mereka hanya memikir tentang 'punya', mereka tidak memikirkan berapa banyak pekerjaan dapat diberikan oleh syarikat besar ini dari jawatan yang paling rendah hingga jawatan pengurus yang gaji nya lebih tinggi dari gaji menteri pada hal syarikat yang diuruskan oleh pengurus ini bukan kepunyaannya. 

Memang saya sendiri suka jika kekayaan dapat di bahagikan kepada ramai peniaga peniaga. Bukan kehendak sesiapa tetapi hukum alam akan menyebabkan syarikat besar ini lebih mudah maju antara nya kerana keperluan syarikat memerlukan banyak modal. 

Pengguna sendiri lebih suka pergi ke supermarket yang lebih besar di suatu bandar itu dan jika ada lagi supermarket yang lebih besar di bandar itu mereka akan pergi ke sana dan supermarket yang lebih kecil akan rugi dan tutup.

Kegawatan ekonomi yang berlaku baru ini bukan semuanya salah kerajaan bahkan projek projek yang dikatakan mewah telah banyak memberi banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia. 

Sebagaimana yang telah diterangkan oleh kerajaan kegawatan itu disebabkan oleh kemasukan modal luar yang banyak bermula sejak 1993 di mana indeks adalah sekitar 700 dan naik mendadak kepada 900 pada tahun 1994 dan kemudian naik kapada 1200 pada 1997 iaitu kenaikan hampir 100% dalam tempoh 3 tahun dan berlaku pula pengeluaran modal secara mendadak pada jun 1997. 

Ia pula bukan hanya berlaku di Malaysia bahkan di Asia. Terdapat usaha pihak tertentu menyebabkan ia berjangkit ke Rusia dan Brazil, yang baiknya masaalah itu menjadi besar dan akan diberi perhatian oleh semua pihak di dunia.

Berikut ialah proses bagaimana usaha kerajaan telah dapat menyelesaikan pemulihan ekonomi tanpa bantuan IMF. Kawalan modal kerajaan terutama mengenai mengembalikan wang Malaysia di luar negara dan menjadikan wang Malaysia tidak laku di luar negeri menyebabkan wang Malaysia tidak dapat dikumpul dan dijual oleh peniaga mata wang. Wang tersebut akan dikembalikan di Malaysia dan disimpan di bank bank di Malaysia. 

Wang itu juga digunakan untuk membeli bon bon perbendaharaan. Kerajaan boleh menggunakan wang itu untuk memberi tender bagi pembangunan negara dan syarikat syarikat di Malaysia dapat terus berfungsi semua. Penurunan kadar faedah dan dua badan pengurus hutang iaitu dana modal dan dana harta yang diuruskan secara profesional juga banyak membantu.

1.5 Antara kebaikan sistem sosialis

Kita semua tahu tentang belanjawan negara yang diumumkan oleh kerajaan setiap tahun katakankan belanjawan tahun ini bernilai lebih kurang $80 Bilion. Ini ialah belajawan negara bagaimana pula belanjawan syarikat swasta, ianya lebih banyak lagi. 

Dalam belanjawan negara kerajaan akan menyatakan peruntukan di lain lain kementerian dengan sekian banyak. Yang penting kita ketahui perbelanjaan itu terbahagi kapada dua iaitu belanja mengurus ialah belanja bayar gaji pekerja dan belanja maintain kemudahan yang ada sama ada bangunan, kenderaan dan lain lain. 

Satu lagi ialah perbelanjaan pembangunan. Iaitu projek projek baru misalnya bangunan sekolah atau hospital baru, alat alat tentera yang baru dan lain lain. Projek ini bernilai berjuta juta ringgit. Ini adalah peluang bagi syarikat perniagaan dan kontraktor mendapat wang. 

Saya tidak menyatakan bahawa projek pembangunan ini salah tetapi bagaimana dengan rakyat biasa dan petani terutama ketika harga bahan pertanian menjadi murah seperti kelapa sawit, getah dan lain lain. Bagaimana kerajaan mahu menolong mereka adakah dengan membina jalan raya dan lain lain? itu semua tidak berguna. 

Oleh itu adalah patut kerajaan memberi bantuan yang terus sampai kepada orang miskin ini. Cara nya ialah subsidi atau pemberian wang terus untuk meringankan beban sara hidup.  Antara kebaikan sistem sosialis yang telah dijalankan walaupun di negeri kapitalis dan mestilah juga dijalankan di Malaysia ialah apa yang dinamakan subsidi. Pemberian wang terus kapada rakyat secara terus ini pula adalah cara yang selari dengan prinsip Islam. Misalnya zakat yang terus diberikan pada orang miskin. 

Pemberian terus atau secara subsidi ialah cara sosialis, Oleh itu terdapat pihak pihak yang menakut nakut kan rakyat dengan sosialis dan komunis ini terutama nya oleh pihak Britian dan Amerika yang kita tahu menjadi kaya dengan sebab sistem kapitalis yang di promosi olehnya.

Perkara ini sangat perlu diketahui oleh mereka mereka yang aktif atau berminat tentang politik, anda yang minat politik tentang politik tentu tak puas hati tentang banyak perkara. Sekira nya anda mahu menolong rakyat anda mesti tahu sistem ekonomi negara. Jika anda mahu menolong rakyat mesti ada cara dan pemberian terus wang kapada rakyat adalah sebahagian dari cara yang tidak dapat dipertikaikan. 

Ketahui lah bahawa pemberian subsidi pertanian oleh pihak kerajaan dilakukan dengan aktif oleh negara kapitalis seperti Amerika, Britain dan Perancis, ini adalah perkara yang tidak dapat di elakkan. Rakyat harus menerangkan kapada kerajaan bahawa pemberian secara terus ini tidak merugikan kerajaan. Kerana setiap ringgit ini akan dibelanjakan oleh rakyat dan melalui peniaga dan sampai semula kapada kerajaan. 

Tetapi cara ini kurang produktif kerana orang miskin ini mendapat duit tanpa membuat apa apa kerja oleh itu tidak menyumbang kapada kapada kekayaan negara. jika semua orang mendapat duit dengan bekerja adalah barang yang dikeluarkannya atau bangunan yang disiapkannya.

1.6 Bukti sistem sosialis sedang di jalankan di beberapa negara Islam 

Saya telah menyatakan bahawa bahawa sistem socialis tidak dapat di elakkan ujud didalam sesebuah negara itu dan bagi setengah negara sistem politik dan ekonomi sosialis yang kuat tidak dapat dielakkan walaupun negara tersebut penduduknya 90% orang Islam. Contohnya ialah Libya, Iran, Iraq dan Arab Saudi.  

Arab Saudi berbeza sedikit sahaja dari 4 negara diatas iaitu ketua negaranya adalah raja iaitu keturunan dari raja raja Saud dari sejak kurun kelapan belas. Mengapa kah negara negara yang saya sebut kan diatas menjalankan sistem sosialis. Ini adalah kerana negara tersebut adalah negara padang pasir. 

Sumber pendapatan rakyatnya ialah dari pertanian dan perniagaan dan sementara kemajuan perusahaan sedikit. Sebagaimana kita tahu perusahaan berat pada awal kurun 19 banyak berlaku di Eropah dan Amerika syarikat iaitu di tempat lombong arang batu dan memudahkan mereka melebur bijih besi.

Apabila minyak banyak di jumpai di negara negara timur tengah pada awal tahun 60-an mereka menjadi kaya dan maju. Apabila minyak dijumpai secara automatik ia menjadi milik kerajaan dan ianya ditadbir melalui syarikat kepunyaan kerajaan seperti Petronas di Malaysia. Pada awal penemuan minyak kebanyakkan minyaknya dikeluarkan oleh syarikat luar negara seperti Esso, shell dan mobil. Kini ianya dikeluarkan oleh syarikat kepunyaan kerajaan. 

Kini hasil dari minyak menjadi penyumbang kapada 80% dari sumber untuk mendapatkan tukaran wang asing. Ini bermakna jika misalnya negara libya mengimport sebanyak US$70 billion setahun bermakna US$60 bilion wang untuk membeli barang barang dari luar negeri ini didapati dari minyak termasuk makanan dan ubat-ubatan. 

Ini bermakna kerajaan lah yang banyak duit dan mentadbir sejumlah besar wang negara. Ini bermakna negara negara tersebut mengamalkan sistem sosialis. Tak kira anda mahu panggil dengan nama apa pun tetapi jika anda mahu mengajar orang atau supaya orang senang paham anda akan menggunakan istilah orang orang telah biasa dan mudah paham. 

Saya boleh menggunakan istilah istilah Arab dan bunyinya nanti akan kelihatan lebih Islam tetapi prinsip nya masih sama. Dinegara negara ini kerajaan nya kuat dan apabila sistem nya ialah sistem republik dengan ketua negara nya di panggil presiden kedudukan ketua negara nya sangat kuat. Buktinya negara negara republik seperti Saddam di Iraq, Muammar Qaddafi di Libya, Soeharto di Indonesia, dan Lee kuan yew di Singapura memerintah beberapa dekad.

2. REALITI TENTANG SISTEM POLITIK DAN KEDUDUKAN POLITIK ORANG MELAYU DI MALAYSIA DAN RAMALAN MASA DEPAN

Terdapat beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh pemimpin dan rakyat sesebuah negara tentang beberapa fakta yang mesti mereka ketahui dan akui :

Tiap tiap negara mempunyai sifat sifat tersendiri yang berbeza dari negara negara lain sama ada dari jumlah penduduk, komposisi penduduk, bentuk hasil negara seperti sama ada eksport nya barang pertanian atau barangan industri dan peratus hubungan perdagangan luar nya. Dari segi ugama pemimpin digelar ulil amri dan setelah ketiadaan nabi, pemimpin dan ulama inilah yang menjadi khalifah dan sebagai pemimpin tiap tiap peraturan dan undang yang diadakan adalah untuk kebaikan semua. 

Oleh kerana kerajaan adalah badan yang di amanah kan untuk mentadbir negara maka badan badan kerajaan yang di tubohkan untuk mentadbir negara kita nama kan badan civil. Sementara badan badan perniagaan swasta yang di tubuhkan untuk keuntungan itu juga menjadi sebahagian dari pelaksana kepada projek projek kerajaan untuk kemudahan rakyat, memperkembangkan ekonomi dan lain lain.

Sebagai sebuah negara demokrasi adalah suatu perkara biasa untuk negara kita mempunyai parti pembangkang. Bagi orang Melayu kita ada parti PRM dan ADIL, jika tidak kita hanya ada parti PAS sahaja PRM hampir sama umurnya dengan PAS sedangkan ADIL baru muncul pada tahun 1999. 

Terdapat beberapa gerakan Islam bermula tahun 1900 di banyak negara Islam di timur tengah yang seperti tanah Melayu terjajah oleh beberapa negara barat misalnya british, perancis, italy dan belanda. Apabila tanah Melayu dalam proses mendapat kemerdekaan selepas perang dunia kedua beberapa pemimpin Melayu beragama Islam memasuki parti UMNO dan sebahagian lagi memasuki parti PAS. Itu lah asal nya parti ini umurnya lebih kurang sama dengan parti UMNO.

Sekiranya dahulu parti politik berjuang untuk kemerdekaan kini perjuangan mereka ialah untuk memerintah negara. Sekiranya negara kita hanya mempunyai satu kaum dan ugama sahaja perkara ini tidak dihairankan tetapi negara kita mempunyai berbagai kaum dan ugama dan majoriti orang Melayu jika tak termasuk sabah dan Sarawak hanya setakat 60% sahaja. 

Ini lah sebabnya UMNO dan beberapa pemimpin Melayu lain tidak suka parti pembangkang yang dirasakan mengugat masa depan orang Melayu sendiri yang Islam juga. 

Statistik 1998 :

Bangsa :

Melayu 50.7%

Cina 30%

India 8%

Bumiputera lain 10%

Seperti yang telah dinyatakan tentang perbezaan negara negara, Malaysia juga mempunyai sistem politik yang unik yang perlu difahami oleh rakyat dan pemimpin politik agar pentadbiran negara berjalan lebih lancar. Dari segi sejarah oleh kerana komposisi rakyat Malaysia yang berbilang kaum parti parti politik yang di tubuh kan sebelum merdeka adalah berdasarkan kepada kaum. Ini bukan saja berlaku di semenanjung bahkan di Sabah dan Serawak.

Bagi mencapai kemerdekaan kita tahu bahawa komponen parti berdasarkan kaum ini seperti UMNO, MCA dan MIC bersatu di bawah parti perikatan sementara parti parti lain ada yang berdiri sendiri atau bergabung. Sebagaimana kita ketahui parti perikatan yang kemudiannya menjadi barisan nasional telah menang banyak kali sehingga sekarang dan ini semua terjadi dan ini terjadi bukannya tanpa sebab. 

Sebab yang paling penting ialah terlihat kapada rakyat bahawa parti parti parti pembangkang ini biasanya bergerak bersendirian kerana parti parti ini se olah olah menjadi pressure group atau lebih extreme dari parti parti komponen dalam barisan nasional, misalnya parti PAS menjadi parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan lebih extreme dari saudara mereka di dalam UMNO di dalam barisan nasional. 

Sementara DAP pula dilihat sebagai parti memperjuangkan kepentingan kaum Cina dan lebih extreme dari saudara mereka di MCA. begitu juga bagi kaum India tetapi oleh kerana bilangan mereka lebih kecil sekiranya mereka tidak puas hati dengan prestasi MIC mungkin mereka aktif di dalam DAP.

Parti parti pembangkang ini lebih lantang dalam kempen mereka kerana mereka lebih bebas dari saudara mereka di dalam barisan nasional. Parti parti di dalam barisan nasional lebih bertolak ansur dan lebih banyak bermuafakat dalam banyak hal. Mereka juga menyedari bahawa kerajaan yang kuat adalah penting bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Terdapat perbezaan di antara parti DAP dan PAS. Sementara parti DAP berfungsi sebagai parti kepentingan kaum Cina dan juga pembangkang iaitu sebagai alternatif bagi rakyat. Parti PAS pula selain sebagai dari memperjuangkan kepentingan orang Melayu ia juga sekali gus ialah parti yang memperjuangkan ugama Islam. 

Sebenarnya konsep memperjuangkan ugama melalui parti politik adalah konsep yang sangat baharu. Kita boleh menyatakan bahawa proses ini hanya berlaku pada kurun ke 19 iaitu selepas banyak negara berusaha mencapai kemerdekaan selepas perang dunia kedua. Kalau kita melihat sejarah selama berkurun iaitu 1000 tahun lamanya negara negara timur tengah termasuk Malaysia dan Indonesia di perintah oleh sistem beraja sejak terhapus nya sistem khalifah Osman, Ali, Abu bakar dan omar.

Di Malaysia sendiri selama 400 tahun Malaysia di bawah pemerintahan penjajah tiada kumpulan Islam yang aktif. Pas pula adalah asalnya pecahan dari parti umno semasa hendak menuntut kemerdekaan. Oleh itu umur PAS hanya lah 42 tahun. Jika dibandingkan dengan umur ugama Islam Muhammad yang berusia 1420 maka parti pas tidak mempunyai asas yang kuat dan tak perlu ditakuti. 

Memang tidak salah untuk memperjuangkan ugama Islam melalui parti politik, masaalah nya ialah apabila kita bertanding sebagai wakil rakyat tentulah kemenangan yang kita inginkan. Oleh kerana kemenangan yang diinginkan tentunya kita akan melakukan apa juga cara untuk menang. Apabila lawan kita tidak kurang Islam nya dari kita bagaimana pula tindakan anda?

Berlawanan dengan pendapat umum kerajaan yang kuat dan stabil adalah lebih baik dari kerajaan yang sentiasa bertukar atau lemah terutama bagi negara membangun yang mempunyai penduduk yang kecil seperti Malaysia. Ini adalah kerana kestabilan akan mewujudkan keamanan dan keamanan akan menjamin berjuta juta ringgit pelaburan syarikat luar negeri itu di Malaysia. Seperkara lagi yang rakyat perlu tahu bahawa parti politik hanyalah sebahagian kecil dari sistem pemerintahan atau politik negara ini. 

Ini adalah kerana pentadbiran negara diuruskan oleh pekerja di dalam berbagai jabatan, kementerian, dan lain lain pekerja awam. Walaupun sekiranya parti pembangkang menang, pekerja pekerja ini tetap ada kecuali beberapa pegawai yang tertinggi kementerian itu yang akan ditukar apabila parti lain yang memerintah. 

Kita akan dapati parti pembangkang tidak akan mengutuk jentera kerajaan ini. Ini adalah kerana mereka takut kehilangan pengaruh padahal sebahagian masaalah negara yang mereka tidak puas hati adalah disebabkan oleh tindak tanduk dan keputusan pegawai pegawai di jabatan kerajaan sendiri. Kita dapati pemimpin politik pembangkang hanya akan mengutuk umno dan perdana menteri Mahathir Muhammad se olah olah semua projek dasar dan kegagalan pentadbiran dibuat oleh Mahathir. 

Hujah hujah di atas menyebabkan kita sepatut tidak terlalu fanatik kapada sesuatu pertubuhan atau parti pembangkang yang boleh menyebabkan kita mengadakan tunjuk perasaan atau merusuh dinegara ini.

3. REALITI TENTANG SISTEM BUDAYA DAN UGAMA DIMALAYSIA DAN RAMALAN MASA DEPAN

Apabila kita membincangkan mengenai sosial tidak dapat tidak kita harus memikirkan mengenai perpaduan . Memandangkan komposisi masyarakat Malaysia terdiri dari berbilang kaum dengan peratusan yang banyak misalnya penduduk Melayu berjumlah 50%, bumiputera sabah dan Serawak 10%, Cina 30%, India 8% maka perpaduan menjadi sangat penting. Dari segi ugama juga perbezaan ugama adalah banyak juga dengan peratus yang besar.

Statistik tahun 1998 

Islam 53%

Bhudda 17%

Confusius/Toa 11.6%

Kristian 7%

Hindu 7%

lain lain 4.5%

Di mana kita tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum lain apabila kita membincangkan hal hal ugama. Walaupun rakyat orang Melayu memang tidak suka menyentuh hal ugama kaum lain mereka nampaknya tidak sensitif untuk menegur kesalahan ugama orang orang yang sama ugama. Misalnya parti pas bebas mengutuk orang umno yang juga beragama Islam. 

Saya tidak menyatakan perkara ini salah kerana fungsi ugama ialah untuk membaiki masyarakat, membimbing manusia agar menjalani hidup dengan baik di dunia hingga akhirat. Begitu juga tujuan ugama lain selain Islam. Satu perkara asas yang rakyat Malaysia patut sedari ialah jika orang Islam mahu orang bukan Islam di Malaysia baik dan bagi mereka yang berfikiran waras ini lah sepatutnya mereka inginkan maka mereka harus melakukan dua perkara.

Pertama mereka harus berdakwah kepada orang bukan Islam supaya masuk ugama Islam dan jika tidak berjaya maka perkara kedua yang mereka harus lakukan ialah jangan menghalang usaha badan ugama lain itu menjalankan aktiviti ketua ugama mereka mendidik masyarakat mereka dalam ugama masing masing sama ada Bhudda atau Kristian. Tetapi di sini saya melihat mereka bahkan memarahi kerajaan umno membiarkan pihak ugama lain mendirikan gereja atau rumah ibadat mereka. 

Soalan saya adakah mereka mahu pihak lain itu tidak kuat ugama. Jika pihak lain itu tidak kuat ugama maka mereka lebih senang menjadi jahat dan akan menyusahkan orang Islam sendiri perkara ini sangat penting disedari. Berapa ramai manusia mati di cekik hantu, jin atau iblis. Sedangkan kezaliman banyak dilakukan oleh manusia kerana nafsunya yang digoda syaitan. 

Salah satu nafsu yang bahaya ialah nafsu semangat kebangsaan atau semangat kumpulan yang asalnya adalah naluri yang baik. Orang Islam tidak harus curiga dengan ajaran ugama Bhudda atau Kristian ini kerana kitab ugama ini datang lebih awal dari Islam dan kerana itu tidak ada ayat ayat yang mengutuk orang Islam atau arahan memerangi orang Islam di dalam kitab kedua dua ugama ini. 

Oleh itu jika mereka membenci orang Islam kerana ugama itu adalah ajaran ketua ugama mereka dan bukannya ajaran asas ugama mereka. Bahkan kedatangan ugama Islam ialah untuk membaiki ugama Kristian, Yahudi dan semua ugama yang datang sebelum Muhammad.

Tentang hasrat mereka untuk menjalankan hukum Islam di Malaysia perkara itu tidak perlu menjadi kehairanan kepada kita kerana ada banyak lagi negara yang mempunyai penduduk majoriti Islam tidak menjalankan hukum hudud bahkan dinegara yang mempunyai 80% penduduk beragama Islam sekalipun seperti Indonesia. 

Kalau di banding kan dinegara India sekali pun negara Islam Malaysia adalah lebih kecil misalnya hanya 60% dari penduduk Malaysia beragama Islam dalam lingkungan 14 juta orang sedangkan India mempunyai 150 juta orang Islam dan tidak dapat menjalankan hukum hudud.

Bagi membaiki keadaan, saya cadang kan pelajaran tasauf atau sufi harus diajarkan kepada semua penuntut ugama Islam yang bakal menjadi ustaz. Mereka boleh menggunakan kitab karangan syeikh Abd. kadir Jailani. Kemudian terpulang kepada mereka tentang ajaran mereka kerana orang awam tidak banyak masa belajar al-Quran dan hadis dan selalu bergantung kepada ustaz ustaz ini. 

Ada banyak ayat ayat Quran yang tidak diketahui dan diingati oleh orang awam awam tetapi ustaz parti pas hanya memilih ayat ayat yang akan menyokong hujah mereka dan bagi mereka yang sederhana ada banyak juga ayat yang menjadi hujah mereka. Kita patut bersyukur kerana lahir di Malaysia yang aman dan makmur.

3.2 RAMALAN TENTANG UGAMA PADA MASA DEPAN 

Pertama yang harus kita paham ialah social, ekonomi dan politik berkait antara satu sama lain, saling memepengaruhi antara satu sama lain.

Untuk mengetahui keadaan ugama penduduk sesebuah negara maka kita patut melihat negara negara lain. Melihat sistem politik dan ekonominya negara tersebut dan kesan nya kapada rakyat jelata. Dua sistem ekonomi atau politik yang besar ialah kapitalis dan socialis. Extreme kapada socialis ialah kapitalis. 

Contoh negara kapitalis ialah Amerika dan eropah barat dan contoh negara komunis ialah China dan Rusia. Satu sifat negara kapitalis ialah kekuasaan kerajaan (pemerintah) keatas sistem hidup rakyatnya lemah sementara di negara komunis pula kekuasaan kerajaan (pemerintah) kapada rakyat adalah kuat. Untuk menjadi negara yang kuat berugama maka kekuasaan kerajaan (pemerintah) kapada rakyat mestilah kuat. 

Buktinya lihatlah bagaimana negara komunis seperti Rusia dan china dapat melemahkan ugama dan memaksa rakyat menjadi Atheis. Begitulah negara yang mahu rakyatnya mempunyai ugama yang kuat dan mempunyai moral yang tinggi harus

sangat berkuasa. Kita lihat bagaimana ugama dapat dikuatkan oleh pemerintah yang kuat contohnya ialah Arab Saudi dan Iran. Negara ini hampir kapada sistem socialis kerana minyak adalah hasil utama negara 80%-90% dan ia dikuasai oleh kerajaan. Oleh itu jika malaysia mahu menjadi negara yang berugama kerajaan nya mesti kuat dan boleh memaksa.

MENGAPA RAKYAT NEGARA SISTEM KAPITALIS TIDAK KUAT UGAMA

Tidak perlu diterangkan bagaimana negara komunis dapat memaksa rakyatnya lemah didalam ugama atau menjadi Atheis. Dinegara kapitalis orang yang paling berkuasa selain dari kerajaan ialah pemilik perniagaan yang besar besar. Manusia mempunyai banyak keperluan dan keinginan. 

Ini adalah kerana manusia dihidupkan berjasad ia memenuhi keinginannya daripada yang asas iaitu makanan dan minuman kapada rumah dan lain lain dan dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapat wang bagi memenuhi keperluannya. Sekiranya naluri asasnya telah dipenuhi iaitu makanan dan minuman barulah dia berminat memenuhi nalurinya yang lain misalnya mahu jadi pemimpin, pemerintah, mengarang seperti saya dan lain lain. 

Akuilah memang sifat manusia secara am nya tidak berminat kapada ugama. Alam sekitar sangat memepngaruhi manusia, jika tiada orang yang menggigatkan manusia tentang kepentingan ugama, pentingnya menjadi orang baik, penting nya jangan melanggar larangan larangan ugama dan masyarakat maka dia akan lalai. Soalnya siapakah orang orang yang perlu memberitahu perkara perkara ini dari masa kesamasa.

Manusia memerlukan duit dan pekerjaan, jangan lah menafikannya. Jika anda dapati apa sahaja yang anda ingin memerlukan duit jangan kata dunia sekarang terlalu teruk. Didunia ini ada hukum alam yang berjalan, proses pembelian dan penjaulan makan gaji dan berniaga ialah cara untuk Allah memebahagikan rezeki kapada makhluknya, duit hanyalah perantaraan. 

Sekiranya kerajaan tidak mahu masuk campor langsung didalam hal ugama seperti negara barat maka ugama sacara automatik menjadi lemah, orang kurang mendapat pendedahan, buku ugama memang ada dijual tetapi kurang laku. Belanja untuk mendirikan masjid dan rumah ibadat memakan belanja. 

Sekiranya ugama mahu diajar disekolah gaji guru harus diberi. Dinegara sekular pihak yang prihatin terhadap ugama mudah menjadi lemah semangat, mereka akan bertanya kenapa pihak berkuasa seperti kerajaan dan oarang kaya tidak mahu menolong nya yang mahu menjayakan ugama yang penting tetapi mereka tidak lokek pula belanja untuk sukan, hiburan dan mengadakan perniagaan memenuhi nafsu manusia dan lain lain sedangkan anda perlukan nama, wang, kuasa untuk promosi ugama.

Mengapakah pihak pemerintah dinegara barat itu mengenepikan pihak ugama? Ada banyak sebab, mengikut pemikiran saya berikut adalah beberapa sebabnya :
  1. Pada kurun kelapan 17 dan 18 pihak ugama di eropah masih kuat. Mereka selalu menentang pendapat ahli sains dan falsafah yang mahu membaiki keadaan masyarakat atau kemudahan hidup. Perkara yang di tengkarkan tidak dapat dirujuk kapada kitab bible mereka kerana tidak disebut sebahagian isi kitab itu telah korup. Terbukti bahawa sebahagian (bukan semua) isi pendapat ahli falsafah dan ahli sains itu baik hasil seperti kehidupan kita sekarang.
  2. Ugama menghalang nafsu manusia : Keadaan masyarakat yang semakin ramai dan hidup yang susah dan zaman penjajahan mereka ke negara negara lain menyebabkan mereka tidak mahu mengikut dan melemahkan golongan ugama. Pihak ugama telah di pengaruhi pemerentah atau pihak ugama yang telah di pengaruhi syaitan telah memeinda ajaran ugama, membenarkan penindasan, perhambaan dan lain lain. Pihak ugama juga sangat memusuhi orang yang berlainan ugama dengan mereka (Sifat ini berterusan hingga kini didalam semua penganut ugama dunia, contohnya pihak yahudi yang paling membenci orang palestin ialah pihak kuat ugama iaitu orhrodox sedangkan pihak sederhana inginkan perdamaian).
  3. Sistem kapitalis yang membawa kemakmuran di mana jenis perniagaan yang menguntungkan ialah yang memenuhi naluri manusia tanpa batas menguatkan lagi para pemodal dan mereka memepunyai lobi yang kuat dalam pemerintah menggunakan kuasa mereka untuk melemahkan ugama, dan keputusan yang paling besar kesannya ialah berhenti mengajar ugama di sekolah. mereka tidak mementingkan lagi ugama kristian dan pihak swasta dan sesiapa yang berupaya boleh promosikan apa juga jenis ugama dan fahaman. Keburukan sekular mereka ialah ugama kristian tidak dijadikan ugama resmi dan kebaikannya ugama Islam mudah dikembangkan di negara kapitalis dan negara negara bekas komunis yang mengalami keruntuhan.

MELEBIHKAN KEPENTINGAN DUNIA ADALAH PUNCA KEJAHATAN DAN KEJAHATAN ADALAH PERNIAGAAN ( CARI MAKAN ) 

Orang orang yang ingin menjayakan ugama harus memahami perkara ini. Saya mengambil contoh di Malaysia. Apakah jenis kejahatan yang masih tinggal? Antaranya ialah senarai berikut, saya hanya berikan sebab ia berlaku, saya bukan menyokong nya.
  1. Judi nombor ekor, loteri - mereka kata manusia memang suka berjudi merka mahu cepat kaya melalui nasib dan tak mahu berusaha kerana lambat kaya, saya menyediakan alat untuk berjudi kerana ada permintaan dan saya boleh kaya - tuan punya perniagaan bukan orang islam.
  2. Judi di kasino -mereka kata manusia memang suka berjudi merka mahu cepat kaya melalui nasib dan tak mahu berusaha kerana lambat kaya, saya menyediakan alat untuk berjudi kerana ada permintaan dan saya boleh kaya - tuan punya perniagaan bukan orang islam.
  3. Arak dan dadah - Manusia yang waras adalah sopan, kadang kadang kerana tekanan kerja dan dan ingin bersuka ria secara ketara mengikut hati - saya menyediakan nya dan mereka membeli nya kalau tiada permintaan saya tak menjualnya - tuan punya perniagaan bukan orang islam.
  4. Night club dan bar Manusia yang waras adalah sopan, kadang kadang kerana tekanan kerja dan dan ingin bersuka ria secara ketara mengikut hati - saya menyediakan nya dan mereka membeli nya kalau tiada permintaan saya tak menjualnya - tuan punya perniagaan bukan orang islam.
  5. Sex bebas - Antara naluri manusia yang paling kuat, sebab nabi Adam di keluarkan dari syurga dan manusia berkembang bertambah ramai, terjadi pada semua kaum dan ugama - perniagaan hanya di bahagian promosinya misal porno site di internet, gambar gambar dan lain lain.
  6. Pelacur - Antara naluri manusia yang paling kuat, sebab nabi Adam di keluarkan dari syurga dan manusia berkembang bertambah ramai - tuan punya perniagaan selalunya bukan orang islam..
  7. Mencuri dan merompak - orang susah dan malas bekerja yang melakukannya - bukan perniagaan.

Semua dosa, maksiat, kesalahan dan kejahatan diatas ialah apa yang merosakkan dan menyusahkan manusia dan bukan Tuhan. Dan kejahatan ini berlaku dari dahulu hingga sekarang.

5.4 PERJUANGAN UGAMA MELALUI PARTI POLITIK

Saya prihatin kapada perjuangan untuk ugama melalui parti politik. Perjuangan untuk ugama melalui berbagai cara dan parti politik adalah antara cara nya. Mereka ingin memegang kuasa pemerintahan kerana melihat kerajaan berkuasa. 

Bagaimana pun kerajaan di Malaysia tidak begitu berkuasa kerana Malaysia mengamalkan sistem kapitalis dan sebahagian besar perniagaannya pula dijalankan dengan negara kapitalis yang lemah ugama misalnya Amerika, Eropah, Jepun. Mereka bukan hanya menjual barang tetapi juga perkhidmatan dinegara kita.

Saya telah katakan untuk menguatkan ugama kerajaan mesti kuat, masalah nya perjuangan parti pas mendapatkan kuasa akan melemahkan kerajaan kerana proses untuk menang bukanlah mudah. Untuk mendapat undi keputusan ditangan rakyat dan fikiran merekalah yang menentukan. Tetapi orang sekarang bukanlah bodoh mereka mendapat banyak pengetahuan dan pendedahan. Hujah yang lemah, mengelirukan atau banyak cerita fitnah tidak akan di sokong. 

Bagaimana kalau akhirnya keputusannya 50:50 ketika itu banyak perkara boleh berlaku parti-parti boleh bertukar, berpecah dan bergabung. Yang bertentangan boleh bersatu dan bersatu boleh berpecah. Inilah yang ditakuti kerana orang melayu dan Islam hanya 55% dari keseluruhan. Ada yang mencadangkan untuk mengatasi masaalah ini ialah meramaikan lagi orang islam melalui ramainya anak anak. 

Janganlah kerana semangat kebangsaan yang terlalu kuat atau merasakan diri mulia dan tinggi dan terlalu mementingkan maruah dan ego kita dengan mudah membawa roh manusia kabumi untuk menderita didunia dan akhirat. Mengganggap manusia sebagai catur. 

Nabi Muhammad SAW sendiri tidaklah ramai anak-anaknya hanya seorang iaitu fatimah dan cucunya hanya 2 iaitu Hasan dan husin Mereka ini yang menggunakan ugama untuk semangat kumpulan dan kaum tidak belajar tasauf dan tidak memahami hakikat nikmat ketiadaan. Ada banyak yang tersirat dari kisah nabi adam dan hawa di syurga dan kesalahannya dan diturunkan kedunia. Orang Islam di Malaysia sepatutnya menjadi bangsa yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Malaysia dan rakyat dunia. 

Orang Islam bukan ditakdir untuk menjadi bangsa yang kaya kuat tetapi umat yang paling benar ugamanya walaupun orang islam perlukan kuasa dan kekayaannya untuk menjayakan ugama Islamnya didunia. Kerajaan menjadi serba salah untuk menolong pihak ugama, lihatlah sikap ahli pas kapada orang UMNO. 

Keputusan penting untuk ugama negara hanya boleh dibuat diperingkat pusat sedangkan PAS hanya akan melemahkan kekuasaan islam/melayu di peringkat pusat bukankah ini bertentangan dengan perjuangan PAS sendiri? Itu pun kalau mereka perjuangkan ugama bukan kepentingan politik atau kumpulan sendiri.

5.5 MENGUATKAN INSTITUSI UGAMA 

1. Pelajaran dan pendidikan 

Bagi kanak kanak mudah untuk kita beri pelajaran dan pendidikan kerana mereka ada disekolah. Malangnya tahap pemikiran mereka menyebabkan bahagian asas dan penting mereka tidak memahaminya sehingga mereka dewasa. Bagi golongan dewasa ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara. Sebenarnya kerajaan malaysia pimpinan umno telah melakukannya ia hanya perlu ditambah.

2. Pendedahan 

Kerana manusia itu boleh mendengar, melihat dan membaca pendedahan harus diberikan kapadanya melalui semua media masa dari masa kesemasa. Ini semua memakan belanja dan sekiranya pihak swasta kurang membantu maka kerajaan harus melakukan nya mengikut kadar nya Soalnya berapa banyak, berapa kadarnya ilmu ugama atau kesedaran ugama didalam semua media masa? Pihak ugama akan berkata tidak cukup, orang yang tidak suka berkata terlalu banyak, ada yang kata tidak bermutu ada yang kata sudah mencukupi. Demikianlah manusia hanya boleh berusaha Allah menentukannya.

Didalam sektor swasta semuanya bergantung kapada penawaran dan permintaan, dan di sektor kerajaan pula ada juga hukum yang berjalan misalnya kita perlukan sekian banyak polis bagi setiap ribu penduduk, setiap banyak doktor bagi setiap banyak penduduk dan sekian banyak ustaz bagi sekian banyak penduduk, lebih lebih lagi apabila kita mengetahui bahawa bidang pekerjaan di sektor ugama hanyalah sebagai cikgu (ustaz)

Imam dan jawatan di majlis ugama negeri dan didapati kadar nya mencukupi dan memadai. Mengenai bilangan ustaz atau guru ugama pula, mengikut statistik semasa iaitu bagi bulan jun 2001 bilangan guru ugama islam dimalaysia ialah 23,000 dari sejumlah 270,000 guru yang bertugas iaitu merupakan 8.9% dari jumlah guru yang ada. Ini tentunya sudah mencukupi iaitu 1 dari 10 guru ialah guru ugama Islam (bukan guru ugama lain).

Mengenai pemberhentian bantuan kapada pihak sekolah SAR, saya rasa adalah patut. Ini adalah SAR ialah sekolah swasta. Didalam swasta semuanya bergantung kapada permintaan. Mentang mentang mereka sekolah swasta mereka ingat mereka boleh sentiasa mengutuk kerajaan padahal mereka tahu bahawa sekolah mereka mendapat bantuan daripada kerajaan selalunya lebih 60% dari perbelanjaan sekolah itu.

CARA BERPOLITIK YANG TERTUTUP TIDAK AKAN MEMBAIKI KEADAAN DAN KEADILAN RAKYAT MALAYSIA 

Di antara istilah politik yang telah di definasikan ialah politik ialah proses mencari dan menggunakan kuasa. Minat terhadap politik bagi rakyat Malaysia dan di mana juga adalah tinggi terutama bagi negara yang mengamalkan ekonomi campuran iaitu kapitalis dan sosialis di mana kerajaan masih mempunyai kuasa yang besar. 

Bagi negara negara yang lebih sifat kapitalis nya kuasa kerajaan menjadi semakin lemah. Saya berpendapat orang Malaysia lebih menumpukan perhatian kapada apa yang dipanggi lpolitik tertutup dan tidak terbuka. Senario nya begini, kita dapati terutama nya bagi orang Melayu apabila mereka tidak berpuas hati kepada kepincangan, ketidakadilan, kelemahan pada kerajaan mereka selalunya terus menentang parti pemerintah dan bukan kerajaan itu sendiri.

Kerajaan mempunyai makna yang luas ini akan dibincangkan kemudian. Mereka kemudian berminat menyokong pembangkang dan ini akan mereka tentukan semasa pilihan raya. Parti politik sebenarnya hanya sebahagian dari kerajaan. Berpolitik secara parti hanya menghasilkan wakil rakyat dan wakil parlimen dan isu yang mereka timbul kan di parlimen kurang diketahui oleh rakyat dan perkara yang mereka bincangkan biasanya soal dasar dan besar dan mereka biasanya tidak dapat menyelesaikan masaalah jentera kerajaan dan swasta. 

Siapakah kerajaan yang umno terlalu pertahankan sangat dan menuduh pembangkang menentang kerajaan. Bahkan sebahagian pekerja sektor awam yang sebenarnya memang kerajaan ada yang menentang kerajaan atau parti pemerintah. Orang berminat dengan politik apabila sebahagian jentera kerajaan itu melibatkan mereka. Misalnya Felda, pihak sekolah, kastam, jabatan tanah, jabatan perlesenan perniagaan iaitu kementerian perdagangan, mara dan lain. 

Sekira nya orang biasa ingin memberi kritikan kapada mereka ini semua surat mereka hanya keluar di bahagian forum surat khabar. Orang akan bertanya siapa yang bercakap kalau orang biasa yang cakap suara mereka tak laku kerana mereka tidak punya nama, kuasa dan lain. Sekarang saya soal saudara patut kah seorang menteri kerja raya menegur seorang ketua besar jabatan kastam di johor bahru. 

Perkara ini telah berlaku dan jawapan saya memang patut, tegur menegur akan membaiki keadaan asalkan masing masing pihak berlapang dada dan tidak cepat melenting kononnya untuk mempertahankan maruah yang sebenar nya adalah ego. Siapa kah ketua jabatan kastam itu hingga tidak boleh ditegur. 

Atau dia ada definisi tentang siapa yang layak menegur nya ada mungkin hanya ketua nya saja yang layak menegur nya kerana semua kita ada ketua kerana jentera kerajaan dan swasta adalah sebuah piramid. Saya ingin kait kan ini semua dengan apa yang berlaku baru baru ini apabila setiausaha agung kesatuan perkhidmatan perguruan kebangsaan memberi kritikan atau ditaksir tuduhan bahawa berlaku pengasingan kaum di sekolah sekolah di dalam negara. 

Kita semua patut tahu bahawa sebelum ini kerajaan bercadang mahu menyatukan semua sekolah dan tiada sekolah berdasarkan kaum. Oleh itu teguran siva itu bukan sebab perkauman atau dia seorang yang bersikap perkauman. Bahkan dia memang tak suka terjadi polarasi kaum sebab itulah dia tegur. Perkara yang di tegur bukan tidak berlaku walaupun mungkin perkara itu kecil. 

Dia pula orang dalam bukan orang luar. Jika orang macam saya yang tegur laku kah? Tetapi apa yang saya lihat di akhbar terutama berita harian kini seolah olah siva melakukan kesalahan yang sangat besar pihak yang kena tegur termasuk kementerian pelajaran bahkan semua setiausaha kesatuan guru lain misalnya MGB, KKGLMSM dan PKPSM bersikap cepat melenting dan adalah tidak patut mereka menuntut siva memohon maaf secara terbuka. Apakah kesan dari ini semua kapada rakyat? 

Mereka tidak akan suka tegur menegur dan kepincangan akan berleluasa. Pihak media iaitu akhbar akhbar pula saya lihat lebih menentang siva. Ini tidak patut berlaku. Media patut membawa suara rakyat juga dan bukan hanya suara ketua ketua yang ego dan cepat melenting sahaja.

6.1 KENAPA HUKUM HUDUD TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN DI MALAYSIA 

Kita telah banyak mendengar alasan alasan kenapa UMNO menolak hukum hudud tajaan PAS yang ingin dilaksanakan di Terengganu. Disini saya ingin memberi hujah lain kenapa orang UMNO termasuk Dr Mahathir menolak hukum hudud ala PAS.

Seperti selalu, perkataan atau istilah mempunyai maksud atau makna yang sebenarnya dan ia mesti di definasikan. Hudud sebenarnya bermaksud had atau batas dan apakah yang membataskan perbuatan dan kehendak manusia di dunia sekarang? 

Jawapannya ialah undang undang dan peraturan dan negara kita telah ada undang undang dan peraturan yang cukup banyak. Mungkin Pas akan menyatakan bahawa defiasi hudud yang betul ialah peraturan iaitu syariat dan undang undang islam. Jika hudud bermakna undang undang dan hukuman maka perkataan hudud adalah sama dengan undang undang, iaitu sama dengan undang undang civil di malaysia. 

Kebanyakan hukuman bagi undang undang civil ialah didalam bentuk penjara dan denda dan ada pula hukuman minimum dan maximumnya misalnya bagi satu kesalahan hukuman minimum ialah 10 tahun penjara dan maximum 20 tahun penjara. Apa yang kita patut tahu ialah terpulanglah kapada budi bicara hakim samaada mahu menjatuhkan hukuman minimum atau maximum. Begitulah besarnya kuasa hakim atau kadhi itu.

Baiklah kita telah akui bahawa hudud bermaksud undang undang dan hukuman bagi sesuatu kasalahan. Hujah yang selalu di pakai oleh PAS ialah bagi kesalahan dan hukuman yang telah di sebut didalam quran maka tidak boleh ubah mestilah ambil hukuman yang telah ada didalam Quran. Apabila telah di sebut di dalam al quran perkara itu tidak boleh di ubah, hanya yang tidak di sebut didalam quran boleh di gunakan ijtihad untuk memikirkan hukuman lain yang sesuai.

Ada dua perkara penting ingin saya sebutkan disini bagi membuka fikiran saudara semua.
  1. Banyak ustaz yang menentang orang biasa yang mahu membaca quran terjemahan dan memahami atau mentafsirkannya mengikut fikiran nya. Mereka menyatakan untuk tafsir quran mestilah tahu sebab sebab ayat itu di turunkan iaitu asbabun nazul maka di keluarkanlah hadis dan sejarah tentang apa yang terjadi menyebabkan ayat tertentu di turunkan. Hujah inilah yang akhirnya di gunakan oleh penentang hudud PAS kerana mungkin dengan sebab mereka mereka ini tidak mempunyai kepentingan dunia maka mereka memahami kenapa sesuatu ayat dan hukum di turunkan dan dengan sebab itulah mereka berpendapat hukuman itu boleh di ubah kapada bentuk hukuman yang lain dengan memahami bahawa hukuman di dunia ini hanya bertujuan mencegah atau menakutkan orang ramai dari melakukan sesuatu kesalahan itu, sedangkan hukuman setimpal hanya akan di tentukan di akhirat oleh Allah kerana Allah lebih tahu kesan sesuatu dosa atau kesalahan itu.
  2. Banyak ustaz yang menentang suatu kumpulan yang mementingkan quran semata mata misalnya golongan jemaah al quran yang di tuduh sesat. Saya tidak begitu memahami apakah motif perjuangan jemaah al quran tetapi bagi saya antaranya mereka mempunyai dua tujuan : pertama mereka tak mahu orang ramai keliru dan pening kepala tentang banyaknya hadis dan ayat quran yang perlu di ketahui lebih lebih lagi apabila orang ramai diberitahu oleh ustaz bahawa taraf hadis dan quran itu sama tarafnya. Sebab kedua ialah mereka merasa sangat kehilangan bila memikirkan jika Tuhan tidak menurunkan panduan yang sangat di perlukan oleh manusia lalu ingin meletakkan al Quran di tempat yang sangat tinggi mengatasi hadis dan lain lain. Apabila kebanyakan ustaz menentang usaha ini maka makin banyak lah hujah hujah yang di ketahui oleh orang yang menentang Hudud PAS iaitu dengan menggunakan hujah hujah dari hadis dan ayat Quran.

Sebenarnya orang orang yang telah belajar tasauflah yang mengerti bahawa memang orang islam kena pegang kapada kedua dua hadis dan ayat Quran kerana mereka mengetahui tentang siapakah Muhammad SAW sebenarnya, siapakah Allah yang di sebut oleh Muhammad sebenarnya, tentang istilah Nur Muhamad dan istilah istilah tasauf lainnya. Mereka mengetahui apakah peristiwa yang berlaku menyebabkan turunnya ayat tentang misalnya tentang ayat yang menyebut perlu nya 4 saksi bagi sesiapa yang menuduh seseorang perempuan melakukan zina.

Orang orang tasauf mengetahui mengapa Muhammad tidak terus menghapuskan perhambaan tetapi didalam banyak hukum membebaskan hamba adalah sebahagian dari hukuman bagi menebus kesalahan. Mereka juga mengetahui kenapa dahulu arak tidak diharamkan oleh nabi nabi terdahulu tetapi diharamkan oleh muhammad apabila melihat ada diantara pengikutnya yang mengerjakan sembahyang didalam keadaan mabuk. 

Orang PAS tidak dapat melihat tujuan bagi setiap larangan dan suruhan lalu melakukan suruhan tanpa mencapai tujuan dan kesannya dan meninggalkan apa yang dilarang tanpa dapat meninggalkan kesan atau akibat dari meninggalkan apa yang dilarang. Ada diantara orang ugama mahu berbuat baik kapada Allah dan meninggalkan manusia seolah Allah itu orang yang pilih kasih padahal Allah itu maha esa sehingga tidak dapat di terangkan walau pun sifat sifatnya kerana apabila sifat sifat Allah itu di terangkan maka akan kelihatan bahawa manusia itu wakil atau khalifah Allah kerana manusia itu melihat, mendengar dan berkata kata.

Didalam UMNO ramai juga orang yang tahu tentang tasauf, belajar tasauf dan memahami ajaran guru guru dan ajaran tersirat di dalam Quran dan hadis dan perdana menteri juga mempunyai penasihat ugama. Sebab itulah Mahathir berani menentang hudud PAS walaupun dia telah tua. 

Dr Mahathir telah cuba mengelak dari memikul beban yang berat ini dengan melatak jawatan tetapi dengan kuasa Allah dia mempunyai ramai penyokong dan dia dengan tawakkal dan taqwa (tawakkal adalah salah satu makna taqwa mengikut sebahagian ulama) dan menerima tugas memimpin negara (Muhamad SAW adalah pemimpin bangsa dan negara selain dari menjadi nabi). 

Kebanyakan penyokong pas dan umno adalah orang orang biasa dan tidak mengetahui ilmu ugama dengan mendalam. Saya tidak tahu ilmu ustaz dan ulama di dalam jentera kerajaan tetapi di kalangan ulama PAS ada di antara mereka tidak mengetahui ilmu tasauf dan hakikat hakikat dengan mendalam, mereka hanya mementingkan syariat dan ada juga yang mendalam ilmu nya tetapi sengaja mahu menutup ilmu itu. 

Diantara cara menutup ilmu itu ialah dengan tidak mengalakkan orang membaca al quran terjemahan dan hanya berusaha melahirkan hafiz yang hanya menghafal bunyi ayat quran didalam bahasa arab. Diantara bukti bahawa terdapat ulama yang mengetahui ilmu tasauf dengan mendalam dan akhir nya dapat di selewengkan oleh syaitan ialah As syaari pemimpin al alqam yang telah di dapati sesat iaitu. 

Dia telah di sesatkan di puncak kejayaannya padahal sebelumnya tidak dinafikan dia mempunyai niat yang baik. Nampak bahawa dia mementingkan nikmat nikmat dunia di puncak kejayaannya.

Adalah sangat patut ulama PAS dan UMNO selain dari ulama di dalam jentera kerajaan berbincang secara tertutup dan memperbaiki undang undang syariah yang sedia ada dan menambah apa yang patut demi kepentingan rakyat. Janganlah hukum hudud dijadikan modal, bagi pihak parti Pas, janganlah sebut kerajaan menghalang hukum dan pihak UMNO jangan sebutkan tidak terlaksananya hukum hudud di Kelantan dan Terengganu adalah kerana Pas tidak jujur. 

Ketahuilah sebahagian besar rakyat jarang membaca quran dan hadis dan mengharapkan kapada ustaz untuk menambah ilmu ugama mereka. Saya tidak suka membincangkan ilmu tasauf kapada orang biasa bagaimana pun ilmu tasauf sekarang boleh di pelajari website-website di internet. 

Apabila kelihatan kapada orang biasa bahawa orang UMNO dan bukan orang jahat yang menjadi musuh utama PAS dan imam di masjid maka akan terlihat bahawa ustaz dan imam ini tidak ikhlas didalam perjuangan mereka-mereka lebih mementingkan periuk nasi dan maruah melebih tugas mereka yang sebenar ialah mendidik dan memimpin masyarakat. 

Maka terjadilah kadar jenayah dan maksiat misalnya sumbang mahram dikalangan orang melayu dan islam lebih tinggi di malaysia walaupun kadar guru ugama islam lebih tinggi dari kaum kaum lain. 

Kajian harus di buat mengenai kadar kadar berikut :
  1. Berapa ramaikah ustaz dan imam bagi tiap tiap 1000 penduduk berugama islam di malaysia.
  2. Berapa ramaikah guru ugama kristian dan paderi bagi setiap 1000 penduduk berugama kristian di malaysia.
  3. Berapa ramaikah guru ugama bhudda dan pemimpin di kuil bagi tiap tiap 1000 penduduk berugama bhudda di malaysia.
  4. Berapa ramaikah guru ugama hindu dan pemimpin di kuil bagi tiap tiap 1000 penduduk berugama hindu di malaysia.

Tidak dapat tidak kita akan dapati bahawa kadar ustaz dan imam di malaysia lebih banyak dari dari guru ugama ugama lain di malaysia. Akhir sekali parti PAS tidak disukai kerana menganggap ilmu telah berhenti setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW padahal didalam Quran Allah berfirman :

"Dan seandainya pohon-pohon menjadi pena dan laut (menjadi tinta) ditambahkan kapadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Ayat 50 surah Luqman.

Asas ilmu syariat ( usuluddin )

Ilmu itu disampaikan dengan perkataan oleh itu sepatutnya perkataan atau istilah diberi definasi lebih awal supaya perkataan perkataan yang hampir sama maksudnya di bezakan dan dengan itu maksud dapat disampaikan dengan jelas.

Syariat yang bermakna peraturan dan undang undang itu dapat dibahagikan kepada 2 iaitu perkara yang disuruh kita lakukan dan perkara yang dilarang kita melakukan nya. Cabang kecil atau perkara yang lebih detail dari syariat ialah fekah dan Ahli ahli fekah memecahkan syariat itu kepada wajib, haram dan diantara nya ialah harus dan makruh. Perkataan harus pula boleh kita samakan dengan perkataan sunat.

Didunia ini ada banyak peraturan dan undang undang, peraturan ini dibuat oleh pemimpin pemimpin semua negara untuk memudahkan mereka mentadbir manusia dan mentadbir manusia memang disuruh oleh tuhan kerana manusia itu adalah khalifah iaitu wakil Allah didunia. Apabila saya menyebut khalifah saya dan ugama islam maksudkan ialah seluruh manusia dibumi ini tidak kira warna kulit, bangsa dan ugama. 

Lebih tepat yang dinamakan khalifah itu ialah pemimpin pemimpin masyarakat. Walaupun manusia itu wakil Allah mereka adalah makhluk kerana mereka diciptakan. Untuk memudahkan kita belajar, peraturan diistilahkan sebagai suruhan dan larangan yang diarahkan oleh pemimpin pemimpin yang mana jika kita tidak melakukan apa yang disuruh atau melanggar apa yang dilarang kita tidak akan dihukum. 

Kita hanya akan dikatakan seseorang yang tidak beretika, tidak bermoral dan tidak disukai oleh kebanyakan orang. Peraturan ini kita temui semasa di sekolah, berjiran, maktab dan tempat kerja. Peraturan tidak dihukum kerana kesan dari pelanggarannya kecil sedangkan undang undang ialah peraturan yang jika langgar kita akan dihukum kesan perbuatan buruk itu besar. 

Sempadan diantara peraturan dan undang undang yang tidak formal ini adalah tidak begitu jelas. Anda boleh memikirkan contoh contoh peraturan dan undang undang ini didalam kehidupan kita seharian.

Sebagai contoh, memandu lebih had laju misalnya ada hukuman nya iaitu undang undang sedangkan memandu secara semberono pula tidak hukuman pula untuknya cuma kita di anggap tidak berbudi bahasa dijalan raya, mementingkan diri sendiri dan mengundang kemarahan pemandu yang lain. 

Selalunya orang yang menerima kesan buruk dari pelangaran peraturan orang lain itu kita diminta bertolak ansur dan sabar. Peraturan peraturan dan undang undang yang dikatakan ciptaan manusia ini kita panggil peraturan dan undang undang civil, Perkatan civil ini bermaksud awam. 

Peraturan ini dikembangkan dari zaman dahulu hingga sekarang melalui nabi nabi dan pemimpin pemimpin yang terpilih atau atas usaha mereka menjadi pemimpin masyarakat. Didalam undang undang civil walaupun tiada perkataan dosa tetapi ada perkataan kesalahan dan setiap orang dihukum itu ada sedikit sebanyak rasa berdosa kerana kebanyakan manusia di malaysia mempunyai agama samada agama islam, bhudda, kristian, hindu dan lain lain.

Undang undang formal pula ditulis didalam buku undang undang dan dilakukan oleh pakar undang undang, lawyer dan hakim. Undang undang yang baru dicadangkan akan disebut di parlimen dan di sebut rang undang, ini biasa kita dengar. Anda perlu ketahui keputusan untuk menentukan sesuatu itu salah atau tidak mengambil kira sesuatu yang yang penting iaitu hak asasi manusia iaitu kebebasan individu yang tetap perlu di pelihara terutama didalam negara demokrasi seperti kita. 

Sementara berat atau ringan hukuman sesuatau kesalahan hanya bergantung kapada satu sahaja iaitu keadilan dari fikiran manusia yang spatutnya berdasarkan kapada besar atau kecil kesan sesuatu kesalahan itu. Oleh itu pakar undang undang akan memeikirkan setakat mana kebebasan dan hak asasi manusia di pelihara dan setakat mana kebebasan itu harus di bendong dengan peraturan dan undang-undang.

Syariat islam juga terbahagi kepada dua iaitu peraturan dan undang undang. Seperti juga didalam undang undang dan peraturan civil keadaannya sama iaitu melanggar peraturan tidak di hukum dan melanggar undang undang akan dihukum. Sementara undang undang civil di susun oleh hakim peguam dan pemimpin peraturan dan undang syariat islam juga disusun oleh ulama dan ustaz dan mereka juga mengakui bahawa terdapat juga perbezaan diantara peraturan dan undang-undang. 

Mereka mengakui bahawa pelanggaran kepada peraturan dan undang undang agama islam itu tetap merupakan kesalahan dan dosa namun ada hukuman yang boleh dijalankan didunia untuk mencegahnya dan ada kesalahan yang tidak dapat dihukum di dunia dan diserahkan kepada Allah untuk menghukum manusia itu diakhirat kelak. 

Sebagai contoh mengumpat adalah suatu kesalahan atau dosa dari segi agama tapi tidak boleh dihukum didunia, hanya akan dihukum diakhirat, fitnah diantara orang biasa atau orang kecil dan kesan kecil juga tidak boleh dihukum sedangkan jika melibatkan pemimpin masyarakat dan dihukum itupun jika dibawa kemahkamah untuk dibicarakan. Kenapa jadi begitu?

Asas kesalahan dan dosa :
  1. Kesan sesuatu kesalahan itu berbeza beza
  2. Kesan kesalahan manusia itu samada keburukan itu akan hanya menimpa diri sendiri sahaja atau akan menimpa orang lain ( walaupun kepada keluarga sendiri ). Selalu nya peraturan dikenakan bagi dosa kapada diri sendiri dan kapada tuhan, sementara kesalahan yang melibatkan orang lain dikira salah dari segi undang undang, dan ada hukuman.
  3. Adakah dosanya ialah diantara dia dengan tuhan sahaja atau kapada manusia yang dikira sebagai dosa kapada Tuhan juga.

Masaalah bagi pakar undang-undang dan ulama diseluruh dunia termasuk malaysia

  1. Terjadi masaalah didalam semua negara Islam yang baru merdeka dan perkara itu terjadi masih baru kebanyakan negara islam merdeka dalam tempuh 50 tahun dahulu iaitu selepas perang dunia yang kedua. Masaalah pertamanya ialah 80% dari kesalahan yang di hukum didalam undang undang civil adalah juga kesalahan didalam agama islam yang boleh dihukum kemudian ada pula perkara yang bukan kesalahan didalam undang undang civil merupakan kesalahan didalam agama islam dan keselahan juga terbahagi kepada 2 iaitu kesalahan peraturan dan kesalahan undang undang.
  2. Kepelbagaian penganut agama terutama dimalaysia dimana hampir separuh dari penduduk malaysia terdiri dari kaum yang beragama lain yang mana pemimpin agama mereka telah bersetuju bahawa hukuman civil yang terpakai sudah cukup baik untuk mencegah terjadinya kesalahan dan menghukum anggota masyarakat masing masing yang melakukan kesalahan. Oleh kerana separuh dari penduduk malaysia bukan beragama islam maka hampir separuh pemimpin negara yang tinggi di parlimen yang menentukan undang undang bukan beragama islam oleh itu tidak bersetuju dengan hukum islam yang mahu dijalankan oleh sebahagian masyarakat islam dimalaysia.
  3. Dimalaysia separuh dari ulama dan ustaz bersetuju undang undang civil berjala seiring dengan undang undang syariah dengan undang undang syariah diperbaiki dan ditambah bantuan dari segi penguatkuasaan sementara separuh dari ulama dan ustaz ini mahu hanya undang islam ( dari segi hukuman ) yang asal digunakan bagi orang orang islam, perkataan asal penting disebutkan disisi kerana bagi saya undang undang syariah boleh dibaiki masaalahnya mereka mahu yang asal juga ( dari segi hukuman ).
  4. Adanya kesalahan yang baru yang mana pada zaman dahuliu perkara itu tidak timbul atau dikenal manusia. Pakar undang undang dan ulama mesti memikirkan dan menetapkan undang undang yang akan digubal dan di wartakan. Disinilah apa yang dikatakan oleh hadis iaitu ulama itu pewaris nabi timbul. Seseorang itu tidak dapat dikatakan sebagai ulama pewaris nabi jika menyatakan sesuatu itu tidak sa;lah kerana perkara itu tidak timbul dizaman nabi walaupun namapak kesan buruk sesuatu perbuatan itu. Dia tidak boleh dikatakan sebagai ulama pewaris nabi jika mahu mengambil hukuman yang serupa pada zaman nabi dengan zaman sekarang. Dia tidak boleh dikatakan sebagai ulama pewaris nabi jika dia berkata kita masih memiliki hamba abdi dizaman moden ini. Dia hanya layak dipanggil burung kakak tua dimana jika dia lahir dan dinasibkan menjadi pendita ugama yahudi atau kristian dialah yang paling membenci ugama dan orang islam. Untuk pengetahuan orang islam, bagi orang kristian dan yahudi yang fanatik dan jahat, Nabi Muhammad Saw itu seumpama dajal dan pengubah ugama.
  5. Penguatkuasaan undang undang memerlukan belanja yang besar. Setakat ini penguatkuasa undang undang ialah polis dan pegawaikuasa majlis bandaran, selain itu kita ada pegawai pencegah maksiat. Sebahagian besar kesalahan didalam ugama islam dan beberapa ugama lain didapati susah untuk dikuatkuasakan. Iaitu jika semua arahan arahan didalam ugama itu dijadikan undang undnag maka akan didapati terlalu banyak orang yang melakukan kesalahan dan kena sentiasa ada pekerja yang kerjanya mencari kesalahan orang iaitu pegawai penguatkuasa.
  6. Pemimpin masyarakat perlu memikirkan setakat mana kebebasan manusia iaitu hak asasi manusia itu di beri berbanding dengan kehendak agama islam itu sendiri.

Fikiran manusia

Yang pelik nya perbezaan pendapat diantara mereka terjadi kerana perbezaan hasil fikiran yang di lakukan oleh satu organ yang sama iaitu otak yang diciptakan oleh Tuhan yang sama juga ! Input kepada otak ialah pengetahuan yang pertamanya ialah ilmu yang di pelajari dan yang kedua ialah pengetahuan tidak formal iaitu pengetahuan dari alam sekeliling, dari tv, surat khabar dan lain lain. 

Di malaysia orang islam lebih terdedah kepada pengetahuan luar ini kerana orang berugama lain ada disekeliling mereka, sedikit sebanyak mereka tahu cara ibadat agama lain, kita tahu berapa kali orang beragama lain itu sembahyang dalam sehari, seminggu atau sebulan dan mereka akan berkata suruhan dan larangan didalam ugama islam lebih banyak dan lebih sukar dilakukan berbanding dengan ugama lain. 

Untuk membezakan agama islam dan agama lain maka ulama islam menamakan sembahyang dalam islam sebagai solat, tetapi sebenar tujuan solat dan sembahyang adalah sama. Ringkas nya diterangkan disini otak ialah organ yang nyata bagi sesuatu yang ghaib iaitu fikiran, input kepada fikiran telah disebutkan dan output kepada fikiran ialah suatu kesimpulan atau pegangan dan perbuatan. 

Apapun saya tidak menafikan unsur dalaman, bakat dan sifat sifat semulajadi seorang individu itu akan tetap berbeza yang tidak berubah walaupun di ajar dengan formal dan tidak formal.

Contoh peraturan dan undang undang negara dan sebab sebab peraturan itu menjadi peraturan bukan undang undang. Di bahagian sebab sebab anda boleh fikirkan dan isikan sendiri kenapa sesuatu kesalahan itu hanya menjadi peraturan sahaja dan sebahagian pula menjadi undang - undang.

Peraturan undang-undang sebab sebab tidak boleh mengumpat tiada tidak boleh mencuri tidak boleh mencuri tidak boleh melihat gambar atau video lucah tidak boleh memiliki gambar atau video lucah. 

Tidak boleh berzina tidak boleh berzina tidak boleh mengambil dadah tidak boleh mengambil dadah perempuan islam hendaklah memakai tudung tiada solat lima waktu tiada tidak boleh berjudi tidak boleh berjudi orang melayu termasuk orang asli tidak boleh berugama lain selain islam tiada hendak berpuasa dibulan ramadan tidak boleh makan di khalayak ramai tidak boleh melakukan hubungan sejenis (homoseks) tidak boleh melakukan hubungan sejenis (homoseks) tidak memimjam atau beri pinjam secara ceti haram kerana riba yang jelas tiada

Sebab sebab memakai tudung tidak boleh dijadikan undang undang

Berdasarkan Quran sebab sebab perempuan islam diminta memakai tudung pertamanya ialah untuk membezakan perempuan islam dengan bukan islam ketika ajaran islam sedang dijalankan oleh nabi Muhammad di mekah dan madinah. Sebab kedua ialah kerana kesopanan iaitu akhlak. Untuk menyatakan rambut perempuan sebagai aurat tidaklah benar. 

Kita tahu sesetengah perempuan itu diciptakan cantik supaya lelaki cenderung kapada nya dan kemudian mengahwini nya dan kemudian melahirkan zuriat. Kita tahu rambut perempuan menambahkan kecantikan mereka. Oleh itu memakai tudung mengurangkan kecantikan mereka. Itulah tujuan nya supaya lelaki tidak sentiasa bernafsu memandang perempuan. 

Oleh itu adakah patut budak perempuan kecil dan makcik makcik yang tua memakai tudung - jawapan nya tidak. Saya melihat ayat tentang memakai tudung ini begitu lembut iaitu tidak memaksa. Oleh itu bagi saya hukum memakai tudung adalah sunat dan bukannya wajib. 

Sebeluum merdeka semua perempuan ditanah melayu memakai selendang bukannya kain tudung, kain selendang menutup sebahagian besar rambut dan bukannya semua rambut, kebanyakan perempuan islam dimalaysia memakai tudung kerana segan kapada kawan mereka.

Syariat Islam di negara negara didunia 

  1. Negara dimana penduduk islam nya minoriti - contoh-singapura - syariat islam tidak dapat dijalankan setakat 20%.
  2. Negara dimana penduduk islamnya 50% atau 60% - contoh - malaysia -syariat islam dapat dijalankan 60% atau 70%.
  3. Negara miskin dimana penduduk islamnya 100% - contoh - aghfanistan -syariat islam dapat dijalankan 60% atau 70%.
  4. Negara kaya dimana penduduk islamnya 100% - contoh - Arab saudi -syariat islam dapat dijalankan 90%.

Nasihat agama :

Kehidupan di dunia atau lebih tepat kehidupan di bumi bukan lah kehidupan yang sebenar benarnya walau pun yang nyata itu memang kenyataan dan penting. Ini adalah kerana nasib manusia itu berbeza beza, adalah yang lebih baik nasib nya. Ada yang dah tentu nasib nya buruk sejak awal awal lagi. Olih itu ajaran ugama yang menyatakan dunia ini adalah ujian bagi manusia adalah benar dan ujian itu juga terbagi kapada 2 iaitu kesenangan dan kesusahan.

Bukti kepentinangan syariat :

Pandangan tentang syariat oleh ahli ahli tasawuf :
Sebagaimana kita tahu orang tasauf belajar tarikat, hakikat dan makrifat selain dari syariat. Hakikat juga termasuk suruhan dan larangan dari segi hakikat iaitu sebab sebab sebab sesuatu di suruh dan dilarang.

Tarikat - jalan atau cara hakikat - prinsip ilmu asas segala sesuatu tentang alam , bumi , hukum alam dan lain lain.

makrifat - mengenal Allah

Syariat - peraturan dan undang undang

Fekah - cabang syariat - misalnya cara ambil air sembahyang dan cara mengerjakan sembahyang.

Terdapat 3 jenis ahli tasauf :

1) Jenis pertama - mereka kadang kadang melakukan apa yang di suruh dan melakukan apa yang dilarang - mereka ini tidak mengajar orang lain.

2) Jenis kedua - mereka kadang kadang melakukan apa yang disuruh dan tidak melakukan apa yang disuruh. mereka tidak boleh mengajar orang lain secara langsung tapi boleh mengajar secara tidak langsung. Misalnya menulis secara terang dan jelas dan diberikan kapada golongan ketiga dibawah ini .

3) Jenis ketiga - Mereka tepat melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang - mereka boleh mengajar secara langsung terus kapada anak murid.

Saya rasa saya adalah jenis yang kedua. Mengapa terjadi begini - ini adalah kerana ahli tasauf itu menyangka mereka mengetahui kenapa sesuatu itu disuruh dan mengapa sesuatu itu dilarang. Ini adalah kerana saya telah belajar dari buku syeikh abdul kadir jailani tentang suruhan dan larangan dari segi hakikat yang sebahagian nya ialah isi tentang sebab sebab suruhan dan larangan yang diajar secara tersirat. 

Tasauf di pelajari oleh kedua dua golongan iaitu ustaz dan orang biasa. Orang biasa yang belajar tasauf dan dapat menghayatinya akan menjadi seorang sederhana, tidak suka mengajar orang kecuali merasa sangat perlu. Ustaz yang belajar dan dapat menghayatinya akan menjadi ustaz yang baik dan ilmu yang diajarnya berkesan.

Orang biasa tadi yang belajar tasauf dan dapat menghayatinya jika mengajar orang secara langsung akan tetap mementingkan syariat iaitu dia cuba melakukan semua yang di suruh dan dilarang dan tetap mengajar dan mementingkan syariat apabila mengajar orang lain tetapi tidak lah terlalu ketat berbanding dengan ustaz syariat semata mata. 

Apa yang saya bincangkan diatas ialah asas asas syariat iaitu sebahagian dari usuluddin yang jika di terjemah bermaksud usul ugama. Saya tidak mengajar cabang cabang besar syariat misalnya kita hendaklah mendirikan sembahyang 5 kali sehari tidak boleh tinggal. Oleh itu saya bukan lah jenis orang yang cakap tidak serupa bikin. 

Bagi saya solat adalah cara mengingati Allah sacara physikal dan tidak dinafikan bahawa ianya betul kerana kita dijadikan berjasad. Didalam solat kita meminta, berdoa, berikrar, memuji dan memuja. Jika kita boleh melakukan semua perkara ini diluar waktu solat bermakna kita telah melakukan kehendak kehendak solat itu. 

Satu ayat penting didalam solat ialah iaitu ialah ayat didalam surah al- Fatihah iaitu tunjukkan kami jalan yang benar. Kita hendaklah selalu fikir ayat ini semasa hidup sehari hari.